Thursday, December 29, 2005

Nak pinjam shell?

Ada kawan-kawan anda yang nak run application above defense parameter dan mula berbaik dengan anda untuk pinjam shell?

Anda pening kepala?

Ada caranya, guna SSH authorized_keys

1- Guna ssh-keygen dengan option RSA atau DSA
ssh-keygent -t rsa

2- Salin ke remote shell
scp id_rsa.pub bla@bla.org:~

3- Cipta/Tambah dalam ~/.ssh/authorized_keys

cat id_rsa.pub >> ~/.ssh/authorized_keys

4-Siap.
Kalau Unix password korang tukar banyak kali pun,kawan tu still boleh guna shell korang. Yang penting kena percaya la. Kalu tarak percaya,beskal pun tak kasi pinjam.

Wednesday, December 28, 2005

KDE 3.5 Satay Fiesta: The Report









Bro root future wishlist ialah untuk tempat yang ada free hotspot future. Well-well tak sure kat mana nak buat dan bila-kena tunggu Sebol punya Gnome keluar la.

As expected-everything tried to be relate with Unix,lawak rm -rf dan sebagainya. Aku dah agak dah... mesti jadi lawak geek punye.

:-)

Monday, December 26, 2005

Makan-makan KDE 3.5

KDE 3.5 dah released!
Walaupun aku translated KDE (yang sekarang ni sharuzzaman paling aktif update dan commit), tapi aku guna WindowMaker. Aplikasi KDE yang aku selalu guna ialah KPrinter, sebab secara teorinya waktu nak print, CUPS akan verify melalui KPrinter,samada cetakan tu satu page A4 atau dua page dalam satu A4. Dulu KPrinter ni dikenali sebagai Qtcups. Kalau korang nak try boleh la set Kprinter,jimat kertas dan handy kalau nak buat notes.

Cekupan skrin KDE 3.5 di dalam mod Bahasa Melayu boleh dilihat di sini

Makan-makan KDE 3.5 adalah seperti berikut:

Hari: Selasa, 27 Disember 2005Tempat: Haji Samuri Satay Kajang(dekat Stadium)
Masa :9.30 malam


Sendiri belanja ar... takde sponsor :-)

Friday, December 23, 2005

Melangkah ke depan...

Dulu waktu lepas sekolah, aku suka kat sorang budak ni. Mula-mula kawan biasa, lepas tu suka. Hehe.

But then, biasalah, bab begini bukan kepakaran aku, not my leg kata orang. Jadi kawan biasalah, tapi lebih kepada best friend. Kiranya dalam hidup aku ni (dulu) ada 2 orang yang ingat hari jadi aku even aku tak remind. Eh kejap,tiga. Pelik jugak perangai orang perempuan ni, benda macam ni boleh ingat. Dan yang best, time besday aku dapat la gift. Pelik lagi, aku ni bukan pakwe diorang pun.

Dalam last few months salah seorang daripada diorang tanya aku, jadi ke nak kahwin dengan dia. Aku tergamam sebab dah lama tak kontek tiba-tiba tanya soalan gitu. Tiba-tiba aku terasa dewasa. Tiba-tiba aku terasa aku ni dah tua rupanya, dah patut nak kahwin.

Dan jawapan aku? Negatif. Memang baik dan sopan santun budaknya, kerja pun mantap. Kira kata orang kalo aku jadi househusband pun tadak masalah. Tak perlulah aku detailkan sangat, nanti korang tau pulak. Kalo tau pun aku tadak masalah, dah jadi bini orang pun. Mentally aku tak ready, duit mungkin boleh top up sikit sebanyak. Tapi aku tak ready. Just not ready.

Tak lama lepas tu, dia hantar SMS, nak kasi kad(surprise!). Rupanya ada family arrangement. Parent dia tanya bila nak kahwin etc,since aku tolak,dia proceed dengan kiranya perfect stranger lah.

First time rasanya, aku pergi kenduri kahwin 2 rumah(laki perempuan). Tengok dia pakai baju pengantin, lawa pulak(memang lawa pun). Bila aku borak-borak ngan suami dia, background akademik dari tempat yang sama.

Tu je aku nak bagitau korang, kalo korang frust dulu, maybe ada peluang masa depan. Lepas tu mungkin frust balik. Hidup ni kan macam roda, bumi tu kan bulat. Kejap atas,kejap bawah,begitulah fitrahnya.

Bak kata orang Jawa, "Hidup mesti terus!"
Cry for commit!

Since my KDE Localization(L10n) commit was last Feb 2005, I try to revive back my 'commit' skill ,plus with extra dosed paracetamol and no-no Pfitzer pyshophathic non-encapsulated dehydration drugs powder. Here is the most "w00t" I done;

Sending a private SSH key in a non-encrypted mail means that anyone
could have
read it on the way. Don't ever ever send a private SSH key to anyone.

Please create a new ssh key pair, and send us *only* the public one.

David


Since I already forgot my keypair passphrase, I have to create all those again; and yet, I found out that I already lost my knowledge-which key to be sent-dude!

$ssh-add
$svn co svn+ssh://mnajem@svn.kde.org/home/kde/trunk/l10n/ms/messages

.........................

U messages/kdelibs/kdeprint.po
A messages/kdelibs/ktexteditor_docwordcompletion.po
U messages/kdelibs/kio.po
U messages/kdelibs/libkscreensaver.po
U messages/kdelibs/cupsdconf.po
A messages/kdelibs/kioexec.po
A messages/kdelibs/kstyle_plastik_config.po
U messages/kdelibs/kabc_dir.po
U messages/kdenetwork/desktop_kdenetwork.po
U messages/kdenetwork/kopete.po
U messages/extragear-toys/desktop_extragear-toys_kfortune.po
U messages/kdemultimedia/desktop_kdemultimedia.po
D messages/temp
Checked out revision 490750.

I will commit my KDE SVN repository again,after months! Yeay!


Thursday, December 22, 2005

Love is all I need?

Weirdo,weirdo! Hehe.

Since when I am talking about the encrypted pulse that walking through my blood vein and being pumped out by heart... duh?

Hey,hey. Actually aku tak nak sebut pasal chenta whatsoever,since I am not a specialist in this stuff. I am talking about codes. Since aku cuba untuk jatuh cinta dengan programming, since bidang IT ni, nak tak nak aku kena code. Larila macam mana pun, aku kena code jugak.

Paling koman pun Shell Script.

Sebenarnya aku suka problem shell script,compared dengan main Web Programming,Database dan juga C/C++ or Java. Padahal semua tu procedural language,atau pun Object based.

Talking about sed,awk and regular expression, I am beginning slowly to get this things comes into my heart. Since banyak problem aku jumpa, dan the idea bila nak kemaskan masalah, aku nak masalah aku diselesaikan dengan cepat, tepat dan paling efisien :-)

Contoh yang aku pernah cuba selesaikan dan seronok ialah:

  1. Generate thumbnail
  2. Delete/Create user secara mass
  3. Rename fail secara mass

dan lain-lain problem aku tak jumpa lagi,since aku tak jaga server. Mostly problem personal sahaja.

Setakat ini problem adalah berbentuk sh/bash sahaja. Aku nak tau bila pulak aku kena solve masalah csh/ksh based?


Wednesday, December 21, 2005

Free Laptop? Boleh caya ke?

Cuba klik sini ,

See whether you can trust it or not :-)

Distributed Computing

I send my application for my Masters to IPS (Institute Pengajian Siswazah), USM last few weeks. Just got the reply card. Looking at my study leave application, seems that I have to accompany my course outline with the form.

Migrating from Bachelor degrees to Masters-a lot of term that is 'alien' to me=

  • independent study
  • research
I choose 'Distributed Computing' as my area of specialization. Reasons? I always like the idea how computers can improve human's health, figuring out how to compute complex algorithm of certain medical disease calculation. One project that still run on my machine, and will run until I don't want(or Allah-for sure) it to run is;

Folding Project

Though the project's code is not available, I put trust for my machine to run this stuff. Nice. But I wasn't sure whether it's actually run the said calculation or I am helping CIA to track world's wanted terrorist. Duh.

Hopefully I can do excellent research on this stuff for my masters. Long way to go, I called IPS USM and they said; start at July 2006.

Sigh.

Wednesday, December 14, 2005

Maskahwin yang Hilang

Sebuah buku panduan yang memang praktikal untuk orang2 yg nak kahwin tapi tak cukup duit. Dalam buku tu dia bagi panduan mcm mana nak urus kewangan, mcm mana nak simpan duit dan juga mcm mana nak cari duit tambahan.

Memang berbaloi lah kalo baca... kepada awek-awek yang pakwenya asyik mengeluh takde duit.. mungkin leh hadiahkan buku nie pada mereka..

Nak kahwin? Plan nak kahwin? Tapi tak cukup fulus? Atau fulus ada tapi tak cukup confident?
Silalah klik sini

Tuesday, December 13, 2005

IELTS? Registered.

I registered myself for IELTS in the incoming January. Went to Selangor Dredging building at Jalan Ampang just know, I got my name registered at British Council for the exam. Costs RM495, quite scary anyway.

Plus, registered for the British Council library- quite okay with some books and computers in the lab.

The funny thing when I decided to go to the British Council is that, I opt to go by bike instead of my Satria; one of the reason is that I know that Jalan Ampang is a busy road, another one is that, I don't want to pay for car parking.

hehe. Still need my EX5 bike somehow,someway...

Wednesday, December 07, 2005

Uh,uh! Adding new user

Salam,
Any better solution, please share. This what I have/tried did so far;

1-Make a longfile name with matric numbers;
e.g
01234
02345
03455

save in user.txt

2-As there are a lot of users with different matrix number, the idea is
to keep username unique and easy to recognize as possible;

use sed (unix Stream Editor);

sed -i 's@^\([0-9]\)@coursename\1@g' user.txt


this will put the course name as the prefiks of the matrics number
inserted in the longlist(so you save time to insert same thing for many
times).

(replace coursename with the name that relates; spl or java,AI for example).

3- run this script, say here adduser.sh

#!/bin/sh
#adding user
for i in `cat userlist.txt`;
do useradd $i -s /bin/bash -d /home/$i -m ;
echo $i;
passwd $i;
done


This is the fastest and the accurate that I can do, you all might have
better solution. Thanks!
(Adding new users on 2 different machine plus 2 new password enquiries
means we need better way of adding new users).
p/s: still figuring out the best way to assign password in the loop here

Monday, December 05, 2005

Dewa

Dari sini

Aku suka dengar lagu indon-Peterpan,Sheila on 7, Padi pun sodap.

Dewa punya mp3 je aku tadak. hehe.

By the way, aku dah beli kaset SamiYusuf, in case korang tak kenal lah. Kaset dia susah gak nak cari, aku nampak benda ni pun kat pamplet Saba Islamic Media
Yang kurang bestnya lagu ada lapan je, harga RM17.90 . Kaset Raihan ke kumpulan lain ke banyak sikit. hehe.
Ubuntu

Since last few months when I received 30 CDs of Ubuntu(which also includes the unusable 64bit and PPC stuff), I surprised that Ubuntu still running their Free CD services.

New thing about their registration is that I automatically registered to Launchpad, the OSS portal.
Have to wait for the Free CD (pretty package,anyway). If you want it quick, just download the ISO here

Friday, December 02, 2005

Wahabi, oh Wahabi!

Wahabi Adalah Wahabi

Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi

Namun ...

Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari
diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarkan aku dipanggil Wahabi
Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi


Sumber: Klik sini

Wednesday, November 30, 2005

How banks create money?

Dulu waktu undergrad aku pernah belajar Economics, ada satu tajuk yang aku pernah baca berkenaan banking.

Teringat benda ni pasal aku guna credit card (Visa dan Mastercard). Tujuan asal nak bawak ke Beijing,jadi tak perlu bawa banyak cash.

Bahayanya credit card ni ialah kemampuan mengawal nafsu membeli belah. Semalam aku nak beli satu kitab (Himpunan Hadith Sahih, tulisan Drs Abdul Ghani, disusun mengikut topik), tapi sebab ada kredit kad, aku beli complete 3 jilid+1 kitab Asbabun Nuzul al-Quran. Total RM175(asalnya RM190,aku mintak kurang sebab aku beli 4 buku,hehe,patutnya CASH transaction je yang biasa orang tawar,sebab kedai kena bear kos credit card usage). Anyway, hopefully pintu rezeki akan terbuka, dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Baca satu topik berkaitan credit card di ITTUTOR
Kalau kita bayar on-time(macam aku, aku tak nak tangguh-tangguh,nanti lupa bayar)-aku rasa bank tak boleh buat duit on credit card. hehe.

Wallahua'lam.

Tuesday, November 29, 2005

Satria: My Car

At last, my car.

Image hosted by Photobucket.com

(the photo,however is not mine ;-) ) .

After struggling with bank and distributer,at last I got my Satria to ride. First trip? My friend's wedding in Ipoh. Even manufactured in 1996, the car seems nice(with minor things to be repair e.g reverse sensor). Second hand car however, have to deal with high interest rate. Thiking to switch to Bank Islam afterwards after looking at their lower rate(of course I have to support Islamic Banking, rite-though with those RM700 millions corruption dodos).

Tuesday, November 22, 2005

Turn 2006..... gosh!

Growing up, means more responsibility+have to be more mature(given your face looks mature and your age number increase at increasing rate). Hope to act childish forever but work environment and people you dealing with not always welcoming that :-)

Actually I got a dream(well, it's always like that when it comes to $$$ sucking stuff) to buy a digital camera. So I jump here.

Asked some friend and my bro, they came out with technical jargon such stabilizer etc. Hem, buying digital camera is also not that easy. I expecting to buy

Got a glimpse on Lumix(panasonic) with Leica Lens. Also got Olympus and Sony pamphlet in my hand. But my bro told me those last two using different memory card unlike Canon(SD card).
-just wondering why should I bother with expensive memory card when it was like one-time expenses?

Or you guys got any suggestion?

I plan to buy a digital camera which can take pix on the run(in moving vehicle for e.g). So do I need SLR lens here? Or just the shutter speed control etc?

If SLR digital camera is the right choice, I have to raise my budget to RM2K,and the digital camera is not compact anymore :p


Saturday, November 19, 2005

Beijing and image manipulation addict

Salam,

Image manipulation with command line is fun and time consuming too. Given my Digikam plugins unable to work, I start to figure out many wonderful features of other tool which offer almost the same quality.

However I was stucked with ImageMagick,with many tutorial on the net:

Hereand
Here










for i in *jpg ;do convert -font helvetica -fill white -pointsize 18 -draw 'text 10,50 "ACM-ICPC Beijing 2005"' $i $i;done

The pix above shows a heater to heat up guest room during ACM-ICPC competition. (outside building's temperature is almost 4 celcious).

Thursday, November 17, 2005

Buat HTML Thumbnails guna command line

Saja jek,coz saya nak create html thumbnails guna digikam,tak nampak lak plugin tu kluar even dah emerge on Gentoo.

Short cut,guna command line bash saja,dengan syarat imagemagick dah diemerge.

katakan saya ada berpuluh-puluh fail JPG dan nak letak pada laman web,

buat satu direktori,

mkdir th


buat thumbnail:

for i in *.jpg; do convert -sample 25%x25% $i th/$i ; done


buat html thumbnail:


for i in *.jpg ; do echo " src=\""th/$i\"">" >> index.html; done



(kena escape " dengan \" kalau tak readable oleh for loop).
digikam punya html plugin tak jalan,terpaksa guna CLI.


siap!
Ni hao ma!

Baru balik dari Peking malam tadi, dah kena masuk office. Soalan paling tak nak dengar, how's the competition? :-)

Guess what. We are far from ACM, yet. Nak cari competence trainer pun actually not easy task. I bet you guys considering many things before go into ACM next time. Apapun, we learn a lot from this wonderful journey....




















Tuesday, November 15, 2005

Salam dari Beijing

Today is the last day here in Peking. Esok dah nak balik dah,flight pagi dengan Singapore Airlines(transit Changi).

Hari ni plan nak pi Great Wall. Have to spend whole day there as nak pi sana pun dah amik 2 hours pegi and the other 2 hours going back.

Here some pix of my guys struggle in codes. Result out already, but i'll not tell you guys about it. :-)




Thursday, November 10, 2005

Dari mana nak ke mana (min aina ila aina)






Gadis Soton in action :-)

Tuesday, November 08, 2005

Sending Wishlist for Idiot!

Not another normal howtos, I was impressed with this stuff, so then I request a bug(which actually a wishlist).








jakub AT gentoo.org changed:

What |Removed |Added
----------------------------------------------------------------------------
AssignedTo|bug-wranglers@gentoo.org |maintainer-wanted@gentoo.org
Severity|normal |enhancement
Keywords| |REQUEST

Monday, November 07, 2005

Film Review: Qaisy dan Laila






Kisah mengenai cinta dan pengorbanan gadis Malaysia, Laila yang menyertai Malaysian Relief Team dan jatuh cinta dengan pemuda Afghanistan, Qaisy.

A love story between an Afghan young man, Qaisy, and a Malaysian medical relief volunteer, Laila. The gist of the story has Qaisy cutting short his studies in Malaysia to return home to look after his little sister when the rest of his family members were killed in the war. There he meets Laila who joins a Malaysian medical relief group to look for adventure.

Pelakon

Jehan Miskin ... Qaisy
Nur Fazura ... Laila
Umie Aida ... Dr. Suria
Radhi Khalid ... Sadiq
Redzuan Hashim ... Dato'
Rahimah Rahim ... Datin
Fahrin Ahmad ... Arman
Tengku Nurtasha ... Adik Nurjanah
Farok Khan ... Samad

rating aku: cam rugi je beli CD ori. jalan cerita tak berapa bagus,tak tau apa yang kurang,tapi compare dengan Puteri Gunung Ledang ada 'sikit' kureng.

Friday, October 28, 2005

Waktu solat dan tarikh hijri dalam Linux

"Penanggalan Hijriyah dalam komputer memang belum default kita temukan, tapi proyek konversi penanggalan Hijriyah secara astronomi sudah ada, bahkan aplikasi PHP mulai memasukkan fungsi penanggalan lunar Hijriyah ini. Dari sekian banyak informasi konversi Hijriyah ke Masehi dari pencarian Google saya temukan aplikasi sederhana berlisensi GPL untuk shell Unix/Linux dari proyek Arabeyes, yaitu itools singkatan dari Islamic Tools, terdiri dari idate, ical dan ipraytime. Selain itools, sebelumnya ada proyek serupa bernama hdate singkatan dari Hijri date yang berisi hdate, hcal dan praytime."

Catatan berkaitan software tersebut boleh dilihat di sini

Thursday, October 27, 2005

Le Inteleclualitas de Kapasitas

Bila aku baca buku al-Chaidar, terbitan Darul Falah tentang Imam SMK Kartosoewirjo dan perjuangan beliau dalam Darul Islam , aku try compare perjuangan orang tua-tua kita dalam sejarah Tanah Melayu. Agak Unik(bukan Unix ye geek-geek sekalian).

Perjuangan kemerdekaan di Indon perjuangan buluh runcing, dan perjuangan Darul Islam memang dahsyat, menggunakan senjata dan sebagainya. Merdeka dari Belanda, kemudian menentang PKI pula-seingat aku la. Buku tu bukan tebal mana pun,tapi sangat detail,setiap inci fakta dan ungkap kata dirujuk dari akhbar dan sumber bacaan klasik.

Begitu juga ulama-ulama mereka, garang dan agresif dalam memperjuangkan isu (namun harus juga diukur setiap tindakan dari timbangan ilmu, bukan main taram je).

Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu tak kurang hebatnya, especially masa Jepun dan Komunis. Tapi seperti yang diungkapkan dalam buku-buku Sejarah, kemenangan Jepun ke atas British adalah satu boost up kepada semangat orang Melayu untuk merdeka.

Masalahnya-masih belum merdeka dari Ghazwul Fikr, serangan pemikiran :-)

Oh,tidak mengapa, kita ada barisan saff artis-artis sebagai idola yang akan membimbing kita.


Friday, October 21, 2005

TOEFL and ACM-ICPC challenge

Kena ambik TOEFL pulak. Aiseh. Sepatutnya aku sambung master bulan 12 ni, tapi disebabkan beberapa masalah di luar jangkauan pemikiran kotak manusia normal, ada la beberapa benda yang aku tak buat.

Anyway,aku assume that blessings in disguise la. Lagipun banyak keje nak kena setel besides sambung study. Konstruk new syllabi,handbook etc. Dan lepas raya pergi Beijing, insya Allah. Takde digital kamera sendiri,pinjam opis punya. Peking University, we are on our way there!

Good luck Gombak Compiler. Give them a challenge!

*PKU ada set of pix yang menarik,tapi sayang aku tak boleh letak jadi thumbnail kat sini.

Wednesday, October 19, 2005

Lame is not LAME

Saya cuba encode audio daripada sini untuk ditekap pada blog ini. Pada asalnya saiznya ialah 4.3M, saiz yang cukup besar. Dengan stripdown menggunakan Audacity atau Lame , anda boleh mendapatkan saiz yang lebih kecil.

lame --mp3input -m m -b 24 -s 22 Jeddaan.mp3 encoded-Jeddaan.mp3
ID3v2 found. Be aware that the ID3 tag is currently lost when transcoding.
LAME version 3.96.1 (http://lame.sourceforge.net/)
Autoconverting from stereo to mono. Setting encoding to mono mode.
Resampling: input 44.1 kHz output 22.05 kHz
Using polyphase lowpass filter, transition band: 8269 Hz - 8535 Hz
Encoding Jeddaan.mp3 to encoded-Jeddaan.mp3
Encoding as 22.05 kHz 32 kbps single-ch MPEG-2 Layer III (11x) qval=3
Frame | CPU time/estim | REAL time/estim | play/CPU | ETA
10414/10414 (100%)| 0:23/ 0:23| 0:24/ 0:24| 11.576x| 0:00
average: 32.0 kbps

ReplayGain: -3.3dB

Saya gunakan opsyen 24kbps dan 22khz(mono) supaya saiz mp3 tadi lebih kecil dan sesuai untuk stream. JazahuLLah kepada K4mL di atas tips asas.

$ ls -l encoded-Jeddaan.mp3 -h
-rw-r--r-- 1 najmi audio 798K Oct 19 09:48 encoded-Jeddaan.mp3

$ ls -l Jeddaan.mp3 -h
-rwxr-xr-x 1 najmi users 4.2M Oct 17 15:48 Jeddaan.mp3



The art of Ping

For the normal user like me before, ping is just a matter of tool that I use to know whether a node is up or down. But as time goes on, ping can be a death ping to a node, ping also can detect the OS of remote hosts. Previously I tried to solve a misterious shut down of a server (which I bet is an act of misconduct of some people). Looking at the log, and I got the host. After looking at the Nmap output, I got the Cisco router's MAC address. Confused. Ping helps. Also using traceroute, we can know how many hops the host need to connect to the router.

Afterall, ping Time To Live,TTL also helps:

@zalzalah ~ $ ping localhost
PING localhost (127.0.0.1) 56(84) bytes of data.
64 bytes from localhost (127.0.0.1): icmp_seq=1 ttl=64 time=0.061 ms


TTL=64 is for Linux

$ ping sun
PING sun (sun) 56(84) bytes of data.
64 bytes from sun: icmp_seq=1 ttl=254 time=0.278 ms


TTL=254 is for Sun (each hop will minus 1 from the default,which is 255)

For windows it has different TTL(you can google it afterwards). We can know how many hops by using traceroute and also ping TTL. Cool eh?


Tuesday, October 18, 2005

'Fortune' Hadith






Linuxlah(Jep)
telah come out dengan teks fortune untuk hadith, dan untuk kali ini kebanyakan hadith adalah fadhilat puasa Ramadhan.

Source boleh dimuat turun di sini

Untuk Linux dan Open Source Operating System sahaja. Tak tau kalau windows boleh run fortune kat MS-DOS. Korang nak run? Sukati.


Plugin for Quranic Texts in MS Words

Somebody YM!ed me with this nice link

Monday, October 17, 2005

Pemikiran Politik Proklamator NII Imam SMK Kartosoewirjo

Salam,
Buku ni saya beli sewaktu di Bangi 2-3 bulan lepas, kalau tengok sticker diimport oleh Pustaka Indonesia(boleh jumpa di Jalan Masjid India). Agak sukar juga, sebab tulisan kecil, dan bahasa Indonesia yang pekat, ditulis oleh penulis prolifk Al-Chaidar(ada karyanya yang dikatakan dijadikan oleh CIA sebagai sumber rujukan-boleh tanya Ustaz Maszlee tentang tulisan-tulisan al-Chaidar ni.






Kemudian ada saudara-saudara saya yang juga berasal dari Jawa Timur, cuba-cuba juga saya berbual tentang Imam SMK ini, yang mereka katakan berasal dari Tasikmalaya.


Ulasan oleh rakan online seberang tentang buku ini boleh dibaca di sini

"Negara Islam sepertinya tidak diberi kesempatan untuk mengatur semua ketidakberesan bangsa. Terlebih dengan memutarbalikan fakta, manipulasi sejarah Darul Islam/DI/TII, citra Islam dalam pentas politik dan kekuasaan menjadi hitam oleh Orde Lama dan Orde Baru. Dengan bukti-bukti historis yang didukung sumber-sumber primer, Al-Chaidar menegaskan bahwa sistem politik Negara slam merupakan sistem yang universal. Sehingga, tidak mustahil, milenium ketiga nanti merupakan mileniumnya Negara Islam. "

Am I an atheist?


"I just filled in a form which states my religion as “No Religion”. So am I considered an atheist?

An atheist is a person who denies the existence of god. I do believe in a universal God but not religion. I feel that religions are man made and it’s faiths, believes and customs are the results of human interpretation. We all know the consequences of misinterpretation.

Do not think I have no respect for religions. I believe everyone has their right of choice. It’s only despicable when they force/cheat someone into it or badmouth other religions. I would not believe anyone’s God would approve of that.

So what do you call a person who believes in God but not in religion?"

Excerpts from here

Sunday, October 16, 2005

Review: Kiamat Sudah Dekat






Filem Indon bagi aku memang cukup sukar untuk ditandingi dari segi pengolahan plot, watak dan juga muzik. Filem Kiamat Sudah Dekat ini bagi aku cukup simple, dan mesejnya mudah, tapi sarat dengan sindiran bagi kita. Lakonan Andre Stinky, Ayu Pertiwi, Deddy Mizwar. Muka heroin dia ada sikit macam Nurul Izzah Anwar Ibrahim. hehe.

Friday, October 14, 2005

Album best?

Siapa dah beli album Sami Yusof ni? Saya baru dengar preview beberapa lagu yang boleh didapati secara mengGoogle (yang ni sample music I bet ;-) ).

Boleh jenguk laman web Sami Yusof di sini:

Ramadhan dari Ambon...

"Syarafudin Pattisahusiwa, warga BTNI Kanawa, Air Kuning, Batumerah, mengaku sangat bersyukur bisa memasuki bulan Ramadhan tahun ini. Sejuknya cuaca juga sangat membantu dirinya dan warga muslim dalam menjalankan ibadah puasa. "Semua terasa ringan," katanya.

Baginya, Ramadhan kali ini memiliki nilai tersendiri dibenak hatinya. Ia juga merasakan ruang gerak warga kota Ambon tidak terbatasi lagi berdasar komunitas. Warga Muslim sudah bebas masuk daerah Kristen, demikian sebaliknya. Memang hunian warga berdasarkan komunitas belum bisa dihilangkan dari warga Ambon. Saat ini antara komunitas Muslim dan Kristen masih terpisah tempat tinggalnya."

artikel penuh boleh diperoleh dari sini

Sultan Muhammad Al-Fatih
Sang Pembuka Istanbul

"
Sultan Muhammad Al-Fatih pun melancarkan serangan besar-besaran ke benteng Bizantium di sana. Takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" terus membahana di angkasa Konstantinopel. Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tentaranya berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka memperbanyak shalat, doa, dan zikir.

Hingga tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857 H atau bertepatan dengan tanggal 29 Mei 1453, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Tentera Usmaniyah akhirnya berhasil menembus kota Konstantinopel melalui Pintu Edirne dan mereka mengibarkan bendera Daulah Usmaniyah di puncak kota. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentara Al-Fatih, akhirnya berjaya mengantarkan cita-cita mereka."

artikel penuh di sini

Friday, October 07, 2005

Kuliah Ustaz Asri

Kuliah khas sempena Ramadhan oleh Ust. Dr Asri

  1. 15hb Oktober 2005 jam 10 pagi di kelab golf perkhidmatan Awam M'sia (KGPA) Bukit Kiara, Off Jalan Damansara
  2. 16 Oktober 2005,10 pagi di Taman Sri Ukay

Thursday, October 06, 2005

Demi sebuah keyakinan....

Memang hidup tidaklah hitam putih.
Dan Socrates pun telah mati menenggak racun,
untuk sebuah keyakinan.
I'm selling my Palm Xplore G88!

Salam,
I'll sell this stuff.

Interested?
Bid here

Tuesday, October 04, 2005

PDA Phone, PDA, Mobile Phone

Salam,
Baru beli PDA Phone(used) dari one of my ex-officemate. Seems this is my first time dealing with this stuff, I have to learn *a lot* installing things, using cradle etc.


Image hosted by Photobucket.com




Nice looking, but when dealing with PDA, one of the thing ialah benda ni macam komputer jugak,kena reset dsb.

Kalau nak beli PDA, beli PDA saja. Phone,phone saja. Or Navigator macam Nokia should fit you.
(new gadget got Bluetooth support. Mine only got IRda)
Salam Ramadhan...

Ramadhan menjenguk lagi,
Mengintai meminta izin di balik tirai Sya'ban.

Sya'ban tersipu bagai dara sunti mengundur diri,
Lantas Ramadhan tampil kini...

Selamat bertarawikh,saudaraku.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Jangan membazir membeli makanan berbuka, dan yang penting
bangunlah untuk ibadah sahur.

Lagi cantik kalau dapat solat tahajjud.

Wassalam :-)


---------------------------------------------------------------------------------------------
zalzalah ~ # uptime
12:43:41 up 3 days, 23:47, 2 users, load average: 0.35, 0.14, 0.10

-----------------------------------------------------

Monday, October 03, 2005

Pesan pada angin....
Buat titipan pembaca (kalau ada).

Pesan pada angin
Agar menyampaikan tutur bicara hati
Dalam usaha membina kendiri
Asal tidak menyimpang haluan tetapan Ilahi.

Pesan juga pada angin
Supaya menuturkan tarian jiwa ini
Buat pelangi
Agar terlukis warna warni hati ini

Angin
Pesanku lagi
Titipkan lakaran jiwaku ini
Pada langit di atas kami
Agar melakar awan memutih

Angin
Kalau masih di situ
Harapanku agar dirimu masih seperti dulu...

Luahan marhaen songsang,
-mnajem

Monday, September 26, 2005

Rintihan hati seorang hamba....

Bersabda Rasulullah SAW: “Islam itu teratas dan tiada yang dapat melampaui terhadapnya (ketinggian Islam).” (HR Ad Daraquthni).

“Permulaan Islam itu asing dan kelak akan kembali menjadi asing” (HR Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Imam Ahmad).


“Sesungguhnya tali-tali Islam itu akan terlepas satu demi satu. Maka setiap putus satu tali, manusia akan bergantung dengan tali berikutnya. Dan tali Islam yang pertama kali terlepas adalah hukum(Nya), sedang yang terakhir kalinya adalah shalat.” (HR Imam Ahmad bersumber dari Abu Umamah).

“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian yang berikutnya kemudian berikutnya.” (HR Bukhori dalam Mukhtashar Shahihnya hal. 363)


Bismillahirahmaanirrahim,
Waktu aku menulis tulisan ini,harus diakui air mata lelaki menitis melintasi benang mataku, tanda luahan tidak langsung jiwaku...

Jarang aku menuturkan bicara hati di dalam tulisan untuk tatapan umum, tapi kali ini biarkan jariku menari di atas papan kekunci,biarkan ia menari melukis rentak hati gundahku ini,biarkan jejari ini melakar seni di atas web log ini.

Tuhanku,
Tatkala aku ingin merapati diriku kepadamu, aku sangat ingin menemuimu di dalam keredhaan-Mu. Namun aku juga khuatir Tuhanku, aku khuatir di dalam keghairahan jiwa ini merapati-Mu,aku tersadung menjejak laluan yang bukan di dalam keredhaan-Mu.

Tuhanku,
Aku teringat satu riwayat(mungkin juga athar-maafkan aku kalian kerana aku bukan seorang pak kiyai), akhir zaman nanti akan wujud Dajjal, membawa dua bejana-satu bejana yang sebenarnya Jahannam,dihiasi tampak seperti syurga,dan satu lagi syurga dihiasi supaya tampak seperti Jahannam. Tatkala cubaan yang aku hadapi ini melewati diriku, aku hampir pasti,inilah ujian yang disebut oleh riwayat Baginda Muhammad S.A.W itu.


Di dalam Al-Quran, Al-Fatir 35:8
"Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan) ? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ketenangan, adakah kebenaran?
Adakah ketenangan itu kebenaran? Adakah ketenangan itu keredhaan?
Aku cemburu dengan kalian yang menemui ketenangan, kerana jiwaku ini, Allah sahaja yang tahu betapa gundah gulananya. Hampir-hampir saja aku menyamakan diriku dengan objek paling hina atas muka bumi. Aku khuatir, hidupku ini tiada nilainya,amalku umpama fatamorgana, disangkar air,tapi cuma mainan ilusi.

Melihat manusia mencari pengisian ritual, aku menyedari yang manusia perlukan belaian hati. Apakan tidak, kenapa berbondong-bondong pengikut Ayah Pin kerajaan langit boleh menjadi setia,walhal beliau tidak menafikan keTuhanan beliau apabila ditanya. Begitu juga pengikut Haji Kahar, Rasul Melayu itu, yang tatkala ini dikhabarkan kepadaku beliau sudah meletakkan jawatan Rasulnya itu. Begitu juga beribu-ribu pengikut Ahmadiyyah - yang mengaku Nabi itu.

Mereka menjumpai ketenangan, sefaham aku. Tetapi adakah ketenangan itu kebenaran? Adakah itu syurga disisimu, ya Rabb?


Tanggung jawab dan kewajiban setiap hamba yang Mukmin dan Muslim, untuk melestarikan Islam (Al-Qur'an) dengan berpegang dan berpedoman kepada Sunnah Rasul SAW dan Sunnah Khulafa ar Rasyidin, telah sangat jelas dan tegas.Rasul SAW bersabda:
"Diwajibkan atas kalian melaksanakan Sunnahku dan sunnah Khulafa ar Rasyidin, gigit erat-erat dengan gigi gerahammu." (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).

"Tiada Nabi yang diutus sebelumku melainkan mempunyai hawariy yang memegangi benar terhadap tuntunan ajarannya, kemudian timbullah pengganti yang sesudahnya suatu generasi yang berbicara tentang suatu yang tidak mereka kerjakan dan mereka lakukan apa yang tidak diperintahkan.
Maka barangsiapa yang berjihad dengan tangannya mereka adalah Mukmin, dan barangsiapa yang berjihad dengan lisannya mereka Mukmin dan barangsiapa yang berjihad dengan hatinya mereka Mukmin, sedang selain dari yang demikian itu adalah tidak ada lagi keimanan yang tersisa dalam hatinya, walaupun seberat biji sawi." (HR Muslim, bersumber dari Ibn Mas'ud).


Teringat kata-kata baginda Muhammad S.A.W yang seingat aku dinukilkan ketika baginda hampir dengan sakaratul Maut;

"Umatku,umatku,umatku"


Wassalam.

Wednesday, September 21, 2005

Jadual Kuliah Ilmu di BBB September

Boleh rujuk di sini, diambil dari laman web akhi faizul


Saturday, September 17, 2005

Nak belajar Python?


Salam,
Boleh klik sini:

Tahniah bro Kedai(Bakhtiar A. Hamid) di atas usaha konsisten menterjemahkan dokumentasi Python. It's good to have speciality and focus and we come out with something.

Jack of all trade is a no-no. :-)



Monday, September 12, 2005

Suse 10 RC1 Available

Boleh tengok sini

SuSE,is the *best* desktop Linux as far as I exposed to it since last workplace and on my colleague's machine.

KLive (reporting your kernel?)
http://klive.cpushare.com/

Tengok untuk Gentoo punya... di sini

Sunday, August 14, 2005

Skrip extract tarball ke dalam direktori masing-masing

for i in `ls *.tar`
do
dirname=`echo $i | awk -F. '{print $1}'`
mkdir -p $dirname
tar -xpvf $i -C ${i%.tar}
done

changelog:
1-concurrent kod istas dgn bro root
2-tambah option -p pada tar command,otherwise jenuh chown
3-letak option to directory -C di depan $i (rujuk man tar untuk opsyen
-C )

sebagai alternatif;

for i in `ls *.tar`

boleh diringkaskan dengan

for i in *.tar

sahaja,sebab sama.

Saturday, August 06, 2005

Satu kritikan sosial
Sejak menerima 'wake up call' aku menjadi begitu *gila* kepada majlis ilmu,menyedari kelompongan ilmu turath yang selama ini dipandang 'sipi' .

Selalu disuap, dan jangan mengkritis
Aku merasa ini satu budaya di Malaysia ini, ikut sahaja, jangan tanya, jangan soal, jangan pertikai.
Ya akhi, kalaulah di akhirat kelak kami boleh letakkan dosa kami ini kepada kamu, tidak mengapalah. Tetapi kami akan dipersoalkan oleh Allah, ikut Allah atau ikut pemimpin kami yang belum tentu betul atau ikut perangai *pendeta Nasrani dan Yahudi* yang menambah-nambah dan berbalah-balah tentang agama.
Apakah kita menjadikan Imam Syafie,Hanbali,Ahmad,Maliki sebagai Nabi kita?
Atau Ibn Taimiyah,Nashrudin al-Bani. Muhammad bin Abd Wahab sebagai Nabi kita?
Atau Muhammad SAW.

Seperti *jenaka* yang kita selalu dengar, 'soalan bocor' dalam Kubur:
-Apa kitab kamu?


Apakah hukum Islam tidak relevant,tidak bertamadun
Apabila orang jahil menulis tentang agama, maka siapakah yang menjadi gurunya. Aku sempat meneliti dan mentadabbur ayat-ayat surah al-Zukhruf malam tadi. Orang musyrik itu apabila ditanya tentang siapa yang menjadikan alam ini, mereka menjawab "Allah" . Tetapi mereka tidak beriman kepada Allah.
Begitu juga di dalam ayat lain, di akhir surah al-Hujurah, orang-orang Badwi memberitahu "Kami beriman" . Bahkan ditempelak oleh Allah(sefaham saya begitulah)-Katakanlah kamu itu Islam(patuh,tunduk),kerana Iman belum meresap di dalam hati kamu.

Soalan untuk diri sendiri- adakah kita dipandang beriman oleh Allah?

Tuesday, July 19, 2005

Skrip cengkerang untuk memudahkan tambah user

Katakan anda ingin menambah user di dalsam sesuatu machine, dan kerana jumlah pengguna yang ramai, dan anda ingin mudahkan kerja anda, apa kata cuba guna skrip yang saya tulis ni. Ada pelbagai cara, tapi yang ni works for me ! :-)

Ini isi userlist.txt

s0218495
s0234215
s0112914
s0138186
s0314940
s0211621
s0137852
s0135854
s0312774
s0223259
s0135673
s0220908
s0211216

dan seterusnya....

for i in `cat userlist.txt`;
do useradd -g 102 -d /export/home/$i -s /bin/sh -m $i;
done

siap!

:-)


cuba check /etc/passwd anda.

(cara ini saya gunakan di atas machine Sun, jadi by default untuk local user dia allocate pada /export/home )

Monday, July 11, 2005

Beli buku baru lagi.... :-)

I think in this month my budget mostly spent on *books*. I was once a book maniac, but then freezed on the machine compiling things for months-who need typical books when you can get online,always current,docs and wiki.

But things changed when I went to know many things about Islamic reading that I haven't went thru.

It seems costly when you buy books, but you will start to appreciate single cents you spent on it when you start read those books out. :-)

Thinking of moving houses. Adoi, books are the things that gonna be painstaking either for the author who wrote it or *royal pain* when you start to angkut-mengangkut. hehe.

I went to Pustaka Indonesia last week(the good thing is that I can bargain the price, unlike MPH bookstores hehe).

I just realized that eventhough you think Indonesian Rupiah are relatively low compared to our currency,but when it come to books, I wonder how can our publications can be low in cost and price the market compare to Indonesian's writings-it might be because of the import costs. Except for few Indonesian writings on low cost material paperback-I can get it below rm10.

Monday, July 04, 2005

Sed (streaming editor) big time

mnajem@zalzalah ~ $ cat ustazasri.txt
>Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Julai 2005)
>>Tarikh
>>Tempat
>>Waktu
>>Tajuk
>>15 Julai 2005 JUMAAT
>>Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang
>>Selepas Maghrib
>>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah)
>>16 Julai 2005 SABTU
>>Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur
>>8.30 pagi ¿ 1.00 tgh
>>DEBAT Astora Jabat vs Dr. Mohd. Asri ¿ Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan
>>17 Julai 2005 AHAD
>>Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail
>>10.00 pagi
>>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa, Bab ke-6)
>>17 Julai 2005 AHAD
>>Masjid Jamek Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya
>>Selepas Maghrib
>>Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman)
>>*Kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama dibatalkan.>

mnajem@zalzalah ~ $ sed -i 's/>/ /g' ustazasri.txt


mnajem
@zalzalah ~ $ cat ustazasri.txt
Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Julai 2005)

15 Julai 2005 JUMAAT
Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang
Selepas Maghrib
Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah)

16 Julai 2005 SABTU
Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur
8.30 pagi ¿ 1.00 tgh
DEBAT Astora Jabat vs Dr. Mohd. Asri ¿ Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan

17 Julai 2005 AHAD
Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail
10.00 pagi
Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa, Bab ke-6)

17 Julai 2005 AHAD
Masjid Jamek Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya
Selepas Maghrib
Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman)
*Kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama dibatalkan.

:D

Sed roxx big time (diedit utk menampak ruang yang kemas)

Sunday, July 03, 2005

Kitab Tauheed-Fathul Majid

Salam, just had my first day in Al-Ghufran,TTDI (jazakaLLah Abd Lateef)
Ustaz Maszlee Maleek dari UIAM, dianjurkan di Balai Islam, Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Damansara.

Beli kitab Fathul Majid, RM75,tak cukup duit,bayar RM50 dulu :->
tebal,almost 1000 pages.
Ramai jugak yang hadir,alhamduliLLah awal datang.

Boleh tahan jugak Ustaz Maszlee buat lawak, dan berisi,tajam pengisiannya.

check di google pasal kitab ni,pasal belum kenal pengarangnya (lainlah ibnu Taimiyah dan ibnul Qaiyim)..
antaranya ...
http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg03315.html


Sunday, June 26, 2005

Blog... apa yang anda faham...

Salam, tadi dah taip panjang. tak fasal2 lak blackout. anyway....
Kenapa perlu blog?

1-catatan hidup.
2-saja nak tulis something,asah bakat menulis
3-nak kongsi artikel
4-show off ke'geek'an kita mengconfigure itu dan ini.
5-nak buat announcement buku ke,majlis ilmu apa2 lah.
6-letak gambar. hehe.
7-supaya orang menyelami pemikiran kita
8-?

anyway,aku testing dengan blog aku ni letak lagu,announcement,artikel pengalaman aku,dan jugak apa yang aku pernah hadapi. anyway. aku rasa blog ni lebih menarik kalau aku banyak travel,ada DigiCam sendiri,boh snapshot.

Banyak orang banyak ragam tapi kaya pengalaman....
Gentoo Pr0bl3mr4m4!
To Gentoo amateur such me, having GCC upgrade was a headache. After upgrading to gcc 3.4.4 and did *alotof* googling esp Gentoo Forum, I think I exhausted already. Emotionally unstable, what I did was "emerge --prune" . Doh. It was the worst act I bet. And I got some deadlines.

Solutions?
Reinstall. Experience years before thought me to have my /home in separate partition. Lucky.LOL(Laughing Out Loud).

With stage 3 installation,plus experiences in doing installation,alhamduliLLah, I got my box up and X running well(surprising it probes automatically,without having me to run XFreee86 --configure or such). My box up and go well again in almost 2 days semi-concentration installation(I have to concentrate to other job,right).

Yeah,it was *royal* pain.

Wassalam.

Saturday, June 25, 2005

Seminar Umat Islam dan Cabaran Ketamadunan

Ucaptama
Umat Islam dan Cabaran Ketamadunan
Prof Dr Yusof al-Qardhawy

Slot 1 Cabaran Budaya dan Sosial Politik Umat & Penyelesaiannya
Dato' Dr Siddiq Fadhil

Slot 2 Solidariti Umat Antarabangsa dan Kesannya
Hj Mohd Anuar Tahir
Dr Mohd Nor Nawawi

Slot 3 Pluralism dan Cabaran Antara Tamadun
Dr Muhammad Nur Manuty
Prof Dr Sidek Baba

Slot 4 Ilmu dan Pemikiran Islam Dalam Menghadapi Cabaran Barat
Prof Dr Razali Nawawi
Prof Madya Dr Abdul Halim el Muhammady

Slot 5 Senario Masa Depan Islam dan Cabarannya
Prof Madya Dr Mohamad Redzuan Othman
Prof Dr Khalijah Mohd Salleh

Ucapan Penutup Langkah Strategik Menghadapi Cabaran Ketamadunan
Hj Azam Abdul Rahman
Prof Dr Osman Bakar

Masa 8.45pagi-5.30petang
Jumaat 19 Ogos 2005
Harga RM150.00
Dewan Besar Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Bangi,Selangor

Debat Astora Jabat vs Dr Mohd Asri- Gerakan Tajdid:Satu Perbincangan

Sabtu 9 Jamadil Akhir 1426
16 JULAI 2005
830pagi-1.00 tghari


Balai Budaya Tun Syed Nasir
Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur

Anjuran:
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Barakat Al-Aziziyah


Bayaran: rm30(termasuk majalah dan bahan-bahan bercetak lain-rujuk nombor di bawah)

Sila hubungi:
Ahmad Yani 03-5101 3856 019-3911313
Ahmad Baei 03-5101 3876
Nurol Shafie Anuar 03-5101 3274
Shaharom Abd Aziz 03-5101 3876

Monday, June 20, 2005

Fi Lailateen Minal Layali

Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai tuhan
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan

Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku

Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan

Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan

Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah

Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau
Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku...

Klik sini:
http://switchboard.real.com/player/email.html?PV=6.0.12&&title=Track
08
24kbps&link=
http://www.kifhal.com/filailatiminallayali.mp3

Sunday, June 19, 2005

Handling problematic GCC in Gentoo ;-)

almuqaddis ~ # gcc-config -l
[1] i686-pc-linux-gnu-3.3.5 *
[2] i686-pc-linux-gnu-3.3.5-hardened
[3] i686-pc-linux-gnu-3.3.5-hardenednopie
[4] i686-pc-linux-gnu-3.3.5-hardenednossp
[5] i686-pc-linux-gnu-3.4.4
[6] i686-pc-linux-gnu-3.4.4-hardened
[7] i686-pc-linux-gnu-3.4.4-hardenednopie
[8] i686-pc-linux-gnu-3.4.4-hardenednopiessp
[9] i686-pc-linux-gnu-3.4.4-hardenednossp

almuqaddis ~ # gcc-config 5
* Switching to i686-pc-linux-gnu-3.4.4 compiler ... [ ok ]

* If you intend to use the gcc from the new profile in an already
* running shell, please remember to do:

* # source /etc/profile

almuqaddis ~ # . /etc/profile

almuqaddis ~ # fix_libtool_files.sh
Usage: fix_libtool_files.sh [--oldarch ]

Where is the version number of the
previous gcc version. For example, if you updated to
gcc-3.2.1, and you had gcc-3.2 installed, run:

# fix_libtool_files.sh 3.2

If you updated to gcc-3.2.3, and the old CHOST was i586-pc-linux-gnu
but you now have CHOST as i686-pc-linux-gnu, run:

# fix_libtool_files.sh 3.2 --oldarch i586-pc-linux-gnu

Note that if only the CHOST and not the version changed, you can run
it with the current version and the '--oldarch ' arguments,
and it will do the expected:

# fix_libtool_files.sh `gcc -dumpversion` --oldarch i586-pc-linux-gnu

almuqaddis ~ # fix_libtool_files.sh 3.4
* Scanning libtool files for hardcoded gcc library paths...
* [1/9] Scanning /lib ...
* [2/9] Scanning /usr/lib ...
* FIXING: /usr/lib/libtunepimp.la ...[]
* FIXING: /usr/lib/gnome-vfs-2.0/modules/libfile.la ...[]
* FIXING: /usr/lib/libfam.la ...[]
* [3/9] Scanning /opt/blackdown-jdk-1.4.2.01/jre/lib/i386 ...
* [4/9] Scanning /usr/games/lib ...
* [5/9] Scanning /usr/i686-pc-linux-gnu/lib ...
* [6/9] Scanning /usr/kde/3.3/lib ...
* [7/9] Scanning /usr/kde/3.4/lib ...
* [8/9] Scanning /usr/local/lib ...
* [9/9] Scanning /usr/qt/3/lib ...

Friday, June 17, 2005

IPcalc cool like (you name it)

almuqaddis najmi # emerge ipcalc
Calculating dependencies ...done!
>>> emerge (1 of 1) app-text/ipcalc-0.38 to /
>>> Downloading http://mirror.oscc.org.my/gentoo/distfiles/ipcalc-0.38.tar.gz
--02:00:18-- http://mirror.oscc.org.my/gentoo/distfiles/ipcalc-0.38.tar.gz
=> `/usr/portage/distfiles/ipcalc-0.38.tar.gz'
Resolving mirror.oscc.org.my... 210.187.27.207
Connecting to mirror.oscc.org.my[210.187.27.207]:80... connected.
HTTP request sent, awaiting response... 200 OK
Length: 9,758 [application/x-gzip]

100%[======================================================================================>] 9,758 13.08K/s

02:00:21 (13.07 KB/s) - `/usr/portage/distfiles/ipcalc-0.38.tar.gz' saved [9,758/9,758]


Uh,uh too lazy? LOL.

almuqaddis # ipcalc 10.37.0.1/24
Address: 10.37.0.1 00001010.00100101.00000000. 00000001
Netmask: 255.255.255.0 = 24 11111111.11111111.11111111. 00000000
Wildcard: 0.0.0.255 00000000.00000000.00000000. 11111111
=>
Network: 10.37.0.0/24 00001010.00100101.00000000. 00000000
HostMin: 10.37.0.1 00001010.00100101.00000000. 00000001
HostMax: 10.37.0.254 00001010.00100101.00000000. 11111110
Broadcast: 10.37.0.255 00001010.00100101.00000000. 11111111
Hosts/Net: 254 Class A, Private Internet


Ipcalc-tools talks......

ipcalc takes an IP address and netmask and calculates the resulting broadcast,
network, Cisco wildcard mask, and host range. By giving a second netmask, you
can design sub- and supernetworks. It is also intended to be a teaching tool
and presents the results as easy-to-understand binary values.

jazakaLLah mypapit for the marvelleous,lazy bum tools :-)
Sekadar Makluman


Sekadar maklumat sahabat netters;

Kursus Friendly Comparative Religion:
http://www.iis.org.my/fcr.php

Syllabi:
1-Why comparative studies
2-Is Da'wah Compulsory
3-Misconceptions on Islam - part 1
4-Misconceptions on Islam - part 2
5-Presenting Islam to Non-muslims
6-Christianity-Part 1
7-Christianity-Part 2
8-Hinduism
9-Buddhism, Taoism, Confucianism, Sikhism & Jainism
10-Muhammad in Other Scriptures
11-Understanding Reverts
12-Is the Quran God's Words?
13-Women Rights in Islam
14-Quran and Modern Sciences-Compatible or Incompatible
15-Techniques in Public Speaking
16-Closing Ceremony and Giving Certificates

Kehadiran Minimum adalah 13 sesi utk melayakkan dapat sijil
Kelas bermula TEPAT 8.00 malam sehingga 10.30 malam setiap Rabu,dari 8 Jun sehingga 21 Sept 2005

sekarang ni dah masuk kelas ke -2,next week kelas ke-3
bayaran KESELURUHAN 16 sesi ialah rm100 (murah je berbanding ilmu yg diperoleh).

setakat saya datang, majoriti ialah student MMU Cyberjaya (bayangkan jarak Setiawangsay-Cyberjaya). Jadi manfaatkanlah waktu malam anda.


2-Kelas Enrichment

Khamis Minggu Pertama setiap bulan - Ustaz Abu Nasir (UIA)
Khamis Minggu Ketiga setiap bulan - Hafiz Firdaus ( http://al-firdaus.com )

Kelas ni percuma,dan ada handout diberikan. Sekarang ni tajuk perbincangan ialah
"Beberapa Perkara yang Mencemari Ketulenan Tauhid". Buat masa ni tajuk perbincangan ialah konsep Wahdatul Wujud .


Jika ada di sana, boleh perkenalkan diri. Ada kedai kue teow (boleh tahan jugak) kat sebelah IIS tu

Tuesday, June 14, 2005

Warna-warna hidup

Ada orang kata dugaan, cubaan itu warna-warna hidup. Tapi agaknya kenapa ramai yang tewas dan memilih jalan short-cut di dunia,bunuh orang/diri dan seterusnya memilih untuk penyeksaan di akhirat kelak?

Glut

Harini ada workshop on GLUT, sejenis OpenGL toolkit (for n00b,actually,tapi still kena figure out algorithm utk buat benda-benda advance). Got to know dalam Gentoo machine aku ni ada GLUT(GPL-2) dan jugak freeglut. tapi dua-dua ni tak boleh masuk sekali lah. either one. apsal OpenGLUT takdelak? tak open sos la camni :p
Tadi aku cuba atas Visual C++, next time boleh try port atas Linux lak. Maybe kena main-main dengan iostream.h lak nanti. hemmmm......


Solaris Cert

Huuu.. next 28th aku kena amik Cert Sun Solaris. tatau la tough ke idak. crash course 14 hari, sampai advance. mahal gak overall sponsored course,dekat rm10,000. kalau aku punya duit memang tak ambil la. he he. insya Allah,berusahalah!

Kelas kat IIS

Alhamdulillah, aku dah tau tempat Bro Hafiz Firdaus mengajar. Lepas ni insya-Allah aku akan konsisten pengajian aku ni. Pergi ke rumah Salsabila dia bagi aku kaset Sifat Solat Nabi.-actually kaset tu Bahasa Indonesia, tapi cover tulis Arab. Aku teringat masa kat matrik dulu ada sorang lecturer ni pernah bagi hadith yang dia kata sahih dalam kelas. Pasal kedudukan tangan waktu solat dan cara nabi turun dari/untuk sujud. Alhamdulillah, akan jelas lagi kemudian dengan menghadiri kelas-kelas hadith ni. Berguru biarlah dengan mereka yang 'ahli'. Jangan bertaqlid saja, cari asal-usul hukum tu.

LDAP meragam

Harini memang mood aku tak baik. Mula-mula aku edit /etc/fstab. Pastu terus pening,pasal CentOS ni label bukan ikut /dev/bla bla tapi guna LABEL=/ . heh. lagi pulak camne boleh ada Fedora lagi dalam mesin ni? bukan aku dah delete ke... aiyo...takkan nak start from scratch. /var ada dua / pun ada dua. tapi bila aku put dalam /etc/fstab dah pening pulak. apsei.

Wednesday, June 08, 2005

Ruhban fil Lail

Berbicara dengan Ustaz Haji Awang Pon Awang Sebon semalam, saya bertanyakan apakah potensi hukum Islam dilaksanakan, ada harapan?

Jawab beliau, ya, masa depan ialah Islam, tetapi kenalah berusaha (tidak boleh goyang kaki sahaja). Kalau dibandingkan zaman 70-an dahulu dengan sekarang,banyak bezanya.

-------------------
Bagi saya sendiri, melihat kepada filem Melayu zaman-zaman P Ramlee dulu, Joget Lambak perkara biasa,minum di bar dan bergaul dengan perempuan kabaret perkara normal. Dahulu umat tidak mengenali hitam dan putih secara total. Bercampur baur.

Sekarang trendnya berlainan. Da'wah dan kesedaran tersebar dengan pelbagai cara, Internet,majalah dan akhbar (malang sekali begitu juga da'yah). Masyarakat sudah boleh menilai baik dan buruk sesuatu tindakan.

Usaha perlu disusuli dengan kesabaran. Hati yang cekal, akal yang panjang, jiwa yang tidak gopoh, fizikal yang tahan lasak.

Cuma perlu disedari, syaitan datang turut melalui pelbagai cara, mengikut tingkat keimanan seseorang itu. Makin tinggi iman,pegangan, makin hebat syaitan yang datang. Tak boleh diuji dengan fizikal dan kekerasan, ujian datang dalam bentuk psikologi:

Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan) ? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

http://www.mukmin.info/cgi-bin/alquran/surah.pl?surah=35&ayat=8

Dulu pernah baca cerita Barsisa, seorang ahli ibadah(abid) yang disesatkan oleh syaitan yang berpura-pura gigih beribadah hingga menyebabkan Barsisa kagum. Kemudian syaitan memulakan dengan tipudayanya dengan umpan arak, kemudian berlanjutan kepada zina dan kemudian bunuh. Dan akhirnya syaitan berjaya mengubah akidah Barsisa tatkala beliau mati dihukum.

Samada cerita ini Israiliyyat atau tidak saya tak dapat pastikan, cuma cukuplah untuk kita ambil pengajaran darinya.


Tuesday, June 07, 2005

Reviewing steps

After these few weeks, I am in mood again. Having reviewing writings by Dr Sheikh Ramdhan al Buti on Fiqh Sirah (ada 3 jilid), I realized that translation have to be understood by:

1-Environment -Suasana waktu tu
2-Pengetahuan Bahasa Arab- Bahasa Arab juga ada pelbagai maksud untuk satu patah perkataan yang sama
3-Method memahami- tidak boleh difahami secara lurus, perlu difahami keadaan waktu itu. Contohnya di dalam al-Quran ada ayat-ayat:

Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia adalah terdiri daripada golongan mereka yang KAFIR

dan dalam ayat yang lain:

Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia adalah terdiri daripada golongan mereka yang FASIQ

dan yang lain:

Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka dia adalah terdiri daripada golongan mereka yang ZALIM

maka, KAFIR, FASIQ dan ZALIM. Berat tu, tetapi bagaimana hendak melaksanakannya? Maka anda kenalah belajar bagaimana pengekstrakan hukum. Nak tidak hendak anda tidak boleh menolaknya sama sekali.

Saya merujuk kepada tulisan saya tentang pengekstrakan ijtihad di dalam bincang.net :

http://bincang.net/forum/showthread.php?t=63901

Cuma bab Hajjaj bin Yusof tu kena check baliklah,saya pun dah ingat-ingat lupa.

disebabkan terlalu mengikut logik, dan tidak mahu menerima/menilai usaha-usaha ulama' muktabar yang berusaha mengumpul hadith-hadith(bayangkan pergi cari hadith dah la takde flight/kereta waktu tu,if not better guna handphone/broadband cam sekarang ni,guna bincang.net je bincang hadith),maka mereka MEMPERTIKAI kredibiliti hadith.

ada juga fahaman yang mempertikai pintu ijtihad,dan hanya refer pada al-Quran as Sunnah sahaja. saya kurang pasti macam mana hukum Islam boleh berkembang sekiranya pintu ijtihad ditutup. Ijtihad juga sebenarnya didasarkan kepada AQ,AsSunnah sebelum pengeluaran hukum dilakukan.

Zaman sahabat dulu:

1- Sahabat berIJTIHAD hadith dibukukan kerana khuatir akan lenyap,sedangkan Rasulullah melarang hadith ditulis.

2- Umar berIJTIHAD hukum hudud cum amputation ditangguhkan kerana waktu itu zaman kelaparan. (Ini yang menjadi isu baru-baru ini sewaktu Tariq Ramadhan meingisytiharkan penangguhan perlaksanaan hukum hudud. Ramai berpendapat beliau tidak patut mengisytiharkan perkara ini, kerana akan menambahkan perbalahan,sefaham saya).

Bacaan lain yang saya sempat sepintas lalu tengok:
http://sn78.blogsome.com/2004/07/

Pengisian ilmu malam ni oleh Mantan Ketua Hakim Sarawak,
Yang Arif Ustaz Haji Awang Pon Awang Sebon. Nanti saya akan bentangkan di sini untuk tatapan anda dan ingatan bagi diri saya juga.