TOEFL dan GRE

Saya sudah dapat result penuh TOEFL secara online dan partly GRE. Keputusan sudah dijangka, dengan kekangan masa kenduri, ke Kedah melawat anggota keluarga yang ditimpa musibah, workload sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, mengajar 3 kelas dengan jumlah pelajar hampir 105 orang, set kertas soalan etc, I may deserve that.

Bagaimana agaknya saya hendak membahagikan masa? Memang mudah dari segi teori, tapi dari segi praktik, balik ke rumah plan nak baring saja sebab penat ... cuma pada minggu menjelang ujian barulah dikuatkan badan untuk menghadap buku untuk latih tubi, itupun mengenangkan kos ujian sekitar USD320 untuk kedua-dua TOEFL/GRE.

Kalau untuk kemasukan ke IPT tempatan markah TOEFL tu dah lepas. Writing pun saya dapat 27/30 ! Selebihnya mungkin disebabkan stamina etc. What else I can do other than writing excuses! :=p

Untuk GRE, nah, memang dijangka VERBAL memang bermasalah. Bayangkan perkataan yang ditanya memang rare, tak pernah jumpa pun. Nak hafal wordlist pun perlukan masa.

Quantitative pun sebenarnya taklah sesusah mana, cuma nak kena study baliklah.. konsep macam permutation, trigonometri, algebra tu. Problem dengan GRE ni dia ialah computer adapted test, jadi kalau dapat jawab soalan susah, keluar soalan kemudian lebih susah. Dan soalan susah kalau dapat jawab markah lebih, soalan senang markah kurang ....

Kebiasaannya univ di US memerlukan jumlah verbal+quan = 1000 ke atas untuk kemasukan Phd. Ada juga yang tak dinyatakan berapa.


WA.

Comments

salam...saya pernah dpt offer di us utk master ttp disebabkan kuota penuh skrg continue di malaysia aje.then plan nk further for us utk phd..bagaimana gre utk education course...mmg standard ke gre tu.maksudnye GRE tu standard utk semua course?
mnajem said…
salam,

tengok requirement department tu macam mana. kebanyakan universiti nak general GRE je, some nak GRE General dan subject test.

score mean tu yang menentukan layak ke tak masuk dept tu, apart from CGPA anda. juga recommendation letter n statement of purpose.

Popular Posts