Sunday, August 16, 2009

Pembahagian video dengan FFMPEG

Untuk memuat naik video yang mempunyai julat masa 21 minit ke Youtube tidak lagi dibenarkan untuk ahli-ahli baru. Oleh itu anda perlu memecahkan fail itu kepada tempoh maksimum 10 minit. Katalah untuk pecah kepada 3 bahagian, kita ambil formasi 9+9+3 minit untuk setiap fail.

Andaikan nama fail ialah copy.wmv (sebenarnya berformat 3GP, tetapi telah ditukar kepada WMV).

ffmpeg -sameq -ss 00:00:00 -t 00:09:00 -i copy.wmv copy1.wmv
ffmpeg -sameq -ss 00:09:01 -t 00:09:00 -i copy.wmv copy2.wmv
ffmpeg -sameq -ss 00:18:01 -t 00:04:00 -i copy.wmv copy3.wmv

"Flag" -ss untuk start session, iaitu pada jam/minit/saat mana yang anda ingin mula sebagai "offset" dan -t untuk tempoh bagi setiap fail.

-sameq untuk mengekalkan kualiti fail (same quality).

No comments: