Monday, September 14, 2009

Latex #2 : ArabTeX

Salam,

Pengembaraan LateX berterusan dengan penggunaan pakej ArabTex - diinspirasikan penggunaannya oleh bro Bahathir

Selepas bermain-main dengan baris arahan LateX sebenarnya kita boleh langkau penggunaan default arahan latex yang memerlukan pengubahan DVI ke PDF secara manual (latex && dvipdf ). Sebaliknya cukup dengan penggunaan pdflatex

Baik, untuk penggunaan ArabTex, kita perlu buat seperti berikut:
Andaikan nama fail ini "jawi.text"


\documentclass{article}
\usepackage{arabtex}
\begin{document}
\setmalay
\novocalize
Arab\TeX\ <^akw mnwlis dgn hwrf jAwI gwnA >

\end{document}

Jika anda lihat snippet di atas, anda perasan penggunaan aksara "caret" .. ini untuk memberikan tanda "hamzah" pada huruf "alif", disebabkan kita mahu fonetik alif ini berbunyi "a" seperti di dalam "ayam"

Untuk jAwI pula, A dan I capital digunakan untuk memaksa ArabTex meletakkan "alif" di tengah-tengah perkataan dan "ya" di akhir perkataan. Jika anda guna huruf kecil ia akan diabaikan apabila dijanakan kelak.

Setelah siap, simpan jawi.tex anda dan laksanakan pdflatex jawi.tex




No comments: