Tuesday, February 28, 2012

Membeli buku secara talian (online) dan memanfaatkan enjin gelintar Google

 Saya membeli beberapa buah buku berkaitan malware baru-baru ini di mana buku-buku tersebut masih belum berada di pasaran Malaysia. Saya membuat penyelidikan sendiri berkaitan harga-harga buku tersebut termasuklah di Amazon, Barnes and Noble dan beberapa ejen penjual buku yang lain.

Contohnya buku ini, Google membantu kita untuk melakukan perbandingan harga dengan mudah, tanpa kita perlu melakukan kebanyakan kerja perbandingan :
link

Begitu juga dengan buku ini:
link2

Namun demikian, setelah cuba melakukan transaksi di salah satu laman di dalam senarai buku-buku tersebut yang dikira termurah, saya dapati  sebahagian daripada penjual buku-buku itu tidak melakukan penghantaran ke Malaysia. Akhirnya saya membeli buku dari sini yang tidak tersenarai di dalam senarai Google, dan saya dapati ia lebih jimat sekiranya kita menggunakan matawang Dollar Kanada (buat masa ini, dan mudah untuk melakukan perbandingan. Saya jangka dapat jimat sehingga RM10 untuk buku-buku tersebut)

Oh ya, saya juga turun menggunakan Google untuk melakukan perbandingan matawang.

No comments: