Friday, June 22, 2012

Kad Caj Al-Rajhi

Permohonan Kad Caj al-Rajhi sepertimana bank-bank lain memerlukan anda menyertakan salinan EA form, salinan slip gaji terkini 2-3 bulan, KWSP statement, salinan NRIC. Borang boleh dimuat turun di laman web, tetapi kena isi dengan teliti disebabkan anda tidak boleh melakukan kesilapan di dalam borang (contohnya tekan tulis huruf 2 kali.. kena initial). Setiap kesilapan mesti ada initial dan digaris sekiranya perlu.

Masa untuk tunggu jawapan, satu bulan. Sambil tunggu pergi la cangkul ubi atau menoreh kat ladang dulu.

Kelebihan kad caj, hampir sama dengan kad kredit, tapi ia takde interest. Had biaya sampai 55 hari, kalau tak bayar lebih tempoh kad akan diblock dan jika terus tak bayar tunggu je surat mahkamah. Untuk pengeluaran tunai, setiap pengeluaran maksimum RM1,500 cajnya RM10, lebih murah berbanding dengan bank-bank lain.

No comments: