Tuesday, June 12, 2012

Laman lelong Chickenpowwow dan unsur gharar/judi?

Saya membaca satu tawaran menarik berkaitan Google nexus, dari laman sini. Dengan fungsi sebagaimana lelong.com.my, laman tersebut bagaimanapun memerlukan anda membeli sejumlah token dengan minimum 25 token untuk membolehkan anda memulakan proses bidaan. Jumlah 25 token dibeli dengan harga sekitar RM37. Proses bidaan boleh dilakukan secara manual ataupun menggunakan robot.. di mana yang masalah berlaku ketika 10 saat terakhir tiba-tiba robot bidaan akan membida barang dan melanjutkan jumlah masa bida.

Saya kehilangan hampir semua token saya untuk pembelian MacBookAir. Kemudian seorang sahabat menyedarkan tentang unsur ketidakpastian dalam laman tersebut.

Saya memikirkan sedalamnya dan menyedari kebenarannya, ia ada unsur perjudian. Sama sebagaimana anda beli chip untuk berjudi di kasino, dan mungkin anda bawa balik sesuatu atau tidak bawa balik apa-apa langsung, tetapi duit sudah lebur.

Dalam laman tersebut, memang ada bidaan token (beli token dengan harga yang murah.. bergantung kepada bidaan. Ada juga yang gopoh, bida token RM37 dengan harga RM39.50.. tak baca betul-betul la tu... baik beli direct je).

Di UK ada laman seperti ini, menurut sahabat saya namanya rapidbargain.com (link seems dead). Tengok isunya di sini

Dr Zaharuddin, pakar fiqh ekonomi terkenal di Malaysia ada mengulas servis seumpama ini di laman web beliau di sini

No comments: