Wednesday, June 27, 2012

Abraham Lincoln vs Vampires







Looks like Edwards (cast in Twilight) being hunted by Abraham Lincoln with his axe. Too bad!

source: facebook shares

Friday, June 22, 2012

Kad Caj Al-Rajhi

Permohonan Kad Caj al-Rajhi sepertimana bank-bank lain memerlukan anda menyertakan salinan EA form, salinan slip gaji terkini 2-3 bulan, KWSP statement, salinan NRIC. Borang boleh dimuat turun di laman web, tetapi kena isi dengan teliti disebabkan anda tidak boleh melakukan kesilapan di dalam borang (contohnya tekan tulis huruf 2 kali.. kena initial). Setiap kesilapan mesti ada initial dan digaris sekiranya perlu.

Masa untuk tunggu jawapan, satu bulan. Sambil tunggu pergi la cangkul ubi atau menoreh kat ladang dulu.

Kelebihan kad caj, hampir sama dengan kad kredit, tapi ia takde interest. Had biaya sampai 55 hari, kalau tak bayar lebih tempoh kad akan diblock dan jika terus tak bayar tunggu je surat mahkamah. Untuk pengeluaran tunai, setiap pengeluaran maksimum RM1,500 cajnya RM10, lebih murah berbanding dengan bank-bank lain.

Thursday, June 21, 2012

Wang Plastik oh Kad Hutang!

Baru-baru ini saya mengalami masalah di mana saya tidak boleh membayar bil Digi dan UNIFI saya menggunakan kad kredit Mastercard Bank Islam saya. Sungguh aneh, memandangkan kad itu boleh saya guna untuk transaksi di Amazon dan eBay. 

Semalam pula, pengalaman mengerikan di mana saya terpaksa menggunakan wang tunai untuk membayar bil servis kereta.. kerana apabila kad tersebut diluncurkan pada pengimbas, ia menanyakan no PIN dan apabila dimasukkan no PIN yang betul, validasi gagal. Orang kedai tu pulak bila try dengan kad dia, OK je dan tak tanya no PIN! Sungguh aneh sebab kedai ni saya dah biasa swipe kad kredit kad saya since 2009 lagi!

Saya mengambil keputusan untuk berhijrah kepada kad kredit lain. Kad BIMB saya dah guna semenjak 2005 lagi (sekarang 2012). Tapi kerenah BIMB ni macam-macam juga, dan semalam adalah kemuncaknya.

Saya cenderung untuk mengambil kad kredit Bank Rakyat, antaranya boleh redeem point kepada tunai ataupun trip umrah/pelancongan. Kad caj al-Rajhi pun OK, cuma ikut pembacaan saya di Internet, yuran tahunan RM70 tidak dikenakan waiver, jadi kena bayar juga. Kad caj berbeza dengan kad kredit di mana kita kena settlekan jumlah baki tertunggak apabila tiba due date, kalau tak kad tu digantung kegunaannya.

Macam BIMB dia takde benefit apa pun, setakat rebate saja.

Monday, June 18, 2012

Problems with citations

Recently I got problem sorting out my book chapter's citation. Using IEEE style, the number was not sorted in order from 1,2... so on, instead jumping from 31..32 and scrambled all other the place.

I rarely write on Microsoft Windows, but since the writing need to be done fast (as well as the corrections) so I installed EndNote X3 from UTM software repository. 

As easy as pie, I think corrected those things out - FAST. 

However I still love writing in LaTeX. As for now. Wrote 3 papers using LaTeX and all of them accepted.  :)

Saturday, June 16, 2012

Laman Runcit Online Lazada

Lazada ni satu website e-commerce, macam Amazon juga yang dulu jual buku, tapi sekarang dah macam-macam termasuk baju, mainan bayi, pakaian bayi etc.

Asalnya dari syarikat Jerman, Rocket. Dia dah buka branch di Indonesia, Filipina. According to online sources, kat Filipina banyak customer komplen pasal servis depa. Kat Malaysia mungkin sebab baru sangat, tak jumpa pulak orang yang komplen negatif. Kalo tengok review kat website depa tu nampak yang okey2 saja.. perhaps sebab "visible after approval" which seems vague for me.

Tapi kalau tak berani, cuba la option "bayar selepas dapat barang" .. lebih selamat.

By the way aku share satu e-voucher depa.. "blog150" .. tapi sahlaku sampai 18 Jun 2012 saja. Boleh dapat diskaun banyak tu, RM150. Untuk pembelian RM400 ke atas sahaja. Kalau ada phone RM400, dapat RM250. Ok la tu, phone baru dan asli lagi. Ye tak?

Tuesday, June 12, 2012

Laman lelong Chickenpowwow dan unsur gharar/judi?

Saya membaca satu tawaran menarik berkaitan Google nexus, dari laman sini. Dengan fungsi sebagaimana lelong.com.my, laman tersebut bagaimanapun memerlukan anda membeli sejumlah token dengan minimum 25 token untuk membolehkan anda memulakan proses bidaan. Jumlah 25 token dibeli dengan harga sekitar RM37. Proses bidaan boleh dilakukan secara manual ataupun menggunakan robot.. di mana yang masalah berlaku ketika 10 saat terakhir tiba-tiba robot bidaan akan membida barang dan melanjutkan jumlah masa bida.

Saya kehilangan hampir semua token saya untuk pembelian MacBookAir. Kemudian seorang sahabat menyedarkan tentang unsur ketidakpastian dalam laman tersebut.

Saya memikirkan sedalamnya dan menyedari kebenarannya, ia ada unsur perjudian. Sama sebagaimana anda beli chip untuk berjudi di kasino, dan mungkin anda bawa balik sesuatu atau tidak bawa balik apa-apa langsung, tetapi duit sudah lebur.

Dalam laman tersebut, memang ada bidaan token (beli token dengan harga yang murah.. bergantung kepada bidaan. Ada juga yang gopoh, bida token RM37 dengan harga RM39.50.. tak baca betul-betul la tu... baik beli direct je).

Di UK ada laman seperti ini, menurut sahabat saya namanya rapidbargain.com (link seems dead). Tengok isunya di sini

Dr Zaharuddin, pakar fiqh ekonomi terkenal di Malaysia ada mengulas servis seumpama ini di laman web beliau di sini