Tuesday, January 22, 2013

Memasang Plugin untuk Navigator Google Scholar

Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Google telah membuang navigator "Scholar" di dalam muka carian mereka. Ini amat menyusahkan, memandangkan dahulu kita boleh klik pautan "Web" untuk carian umum dan "Scholar" untuk carian di Google Scholar. (Saya merasakan, ini kerana golongan akademik hanya segelintir kecil dari pengguna Google, sedangkan Google itu sendiri adalah produk PhD!)

Kita boleh guna skript GreaseMonkey dari sini.

Cara install dalam Google Chrome:

Tools -> Extension

Kemudian, tarik(drag) script javascript itu ke tengah-tengah paparan skrin dan drop. Plugin tersebut akan dipasang. Restart semula browser chrome anda.

No comments: