Skip to main content
Siri Bercakap dengan fork()



**salinan boleh dimuat turun di sini [PDF]

Bahasa aturcara seperti C/C++ menyokong penciptaan satu proses baru iaitu fork(). Set
arahan fork() akan mencipta satu proses baru iaitu child dan proses asal tadi disebut
parent dengan syarat tertentu. Secara umumnya, syarat yang ditentukan ialah;
Sekiranya;
Fork ID Kondisi
<0 Fork gagal
0 Ini ialah child
>0 Ini ialah parent

Saya sertakan satu program lengkap (rujuk apendiks) yang anda boleh salin dan cuba
sendiri untuk memahami aliran fork() ini.
Untuk membolehkan kita “menyaring” PID, PPID dan pepohon proses (process tree)
program kita ini, kita boleh meletakkan arahan sleep(nilai saat) dan juga menggunakan
pstree untuk melihat aliran proses parent dan child tadi.
Andaikan nama program tersebut “myfork.cpp” dan selepas kompilasi menjadi “myfork”
sahaja.
g++ myfork.cpp -o myfork

Rajah 1 : Menggunakan pengkompil GNU C++ untuk mengompil aturcara C++

Sekarang kita larikan aturcara “myfork” ini:
$./myfork
Ini ialah child
mendapat instruksi dari 0
dengan PID 25145 dan PPID
25144
Ini ialah parent
mendapat instruksi dari 25145
dengan PID 25144 dan PPID
25049

Rajah 2: Melarikan program “myfork”. Di sini kita lihat dua proses iaitu “parent” dan “child”
dihasilkan



Jika kita rujuk pada penerangan sebelum ini dan kondisi pernyataan (statement
condition) di dalam kod yang disertakan pada apendiks, dapatlah kita fahami apabila nilai
instruksi dari fork()=0, child akan dihasilkan dan melarikan arahan, dan jika bukan 0 dan
bernilai positif, set arahan parent akan dihasilkan.

$pstree -p|grep myfork
| |-bash(25049)---myfork(25144)---myfork(25145)
Rajah 3: Menggunakan arahan pstree dengan flag -p bagi melihat PID, untuk melihat aliran poreproses
PPID dan PID proses parent (25144) dan proses child (25145)


Jika merujuk pada Rajah 2, nilai PPID, pre-proses ID child ialah 25144 iaitu sama
dengan PID pada proses parent, iaitu sama juga 25144. Manakala PPID bagi proses
parent pula ialah 25049 iaitu PID bagi “bash”, shell yang digunakan untuk melarikan
program “myfork” ini.

Output dari cygwin (kurang menarik):
lebahnet@syncronix ~/fork/ms
$ ./myfork.exe
Ini ialah parent
Ini ialah child
mendapat instruksi dari 3252
mendapat instruksi dari 0
dengan PID 3216 dan PPID
528
dengan PID 3252 dan PPID
3216


*untuk kod rujukan sila rujuk juga pada pautan di laman ini (juga tulisan saya),kerana ada masalah format HTML [SINI]

*gambar tux dengan garpu daripada laman http://yolinux.com

Comments

Popular posts from this blog

Danga Bay, Chevrolet Optra and bio...(eh?) I thought it was Debian(haha). My colleague point me to the AirAsia flight turbin and he told me, "Macam debian punya logo" I saw a spiral on top the turbin blades. Pretty much like Debian Logo That's spark me to shoot for a pix. And I was warned by the airport staff. Uh,uh. Flash lamp will spark burst,eh? I was presented my "mock" research proposal. Suggested "Profiling Bioinformatics Application Behavior on Distributed Computing Architecture". Eh, will this gonna be bioinformatics specific or hardware optimization specific.or? Flashback: I spent almost a week at the office. When it's Subh azan,went back to my house for bath and pray. Reading all the journals and papers was not funny,really. Tough eye balls. No world cup. Ewh. And have some VCD lure. Uh,uh. you gonna be kidding. Anyway, I learned a lot and UTM SLAB Research Course is no joke. Really. My proposal has been corrected with comments so I have
Gue dengan S2 gue. Sronok banget!