Semasa dari London (Heathrow) untuk pulang ke Malaysia saya transit di Istanbul, Turki. Di Turki, khasnya di sekitar Sultanahmet (tempat Blue Mosque dan Hagiya Sofya), peniaga di situ menerima wang Lira (matawang Turki), Euro, dan setahu saya termasuk US Dollar. Saya singgah hanya 10 jam - kapal terbang Turkish Airlines yang saya naiki dari Heathrow sampai di Attarturk Hamalavi (Airport) pada sekitar 420 pagi, dan akan berlepas pulang ke Malaysia pada pukul 3 petang hari tersebut. Jadi saya manfaatkan tempoh transit yang panjang itu untuk melawat sekitar Blue Mosque. Perjalanan agak mudah, seeloknya jika ada peluang untuk menukar wang ke Lira, sila buat demikian di Malaysia, kerana setahu saya pengurup wang di Malaysia setakat yang saya berurusan jarang mengenakan komisen. Di Turki, pengurup wang mereka mengenakan komisen sehingga 4%, satu jumlah yang agak signifikan bagi saya - terutamanya di lapangan terbang. Dari Attarturk Hamalavi - kodnya IST saya bertolak ke Sultanahmet y...
personal rants, technology updates and random stuffs in mind