Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Cara mengatasi isu driver Wi-Fi pada laptop HP

Saya menggunakan laptop HP yang menggunakan driver RTL8723BE. Installation Linux secara default pada distro Ubuntu, OpenSuSE nampaknya tidak mengenalpasti driver berkenaan secara default. Saya jumpa satu pautan di sini  yang membolehkan kad Wi-Fi tersebut berfungsi. Ringkasnya: Langkah 1: sudo add-apt-repository ppa:hanipouspilot/rtlwifi sudo apt-get update sudo apt-get install rtlwifi-new-dkms dan reboot. Sekiranya tidak dapat dikesan juga, tambah langkah berikut: Langkah 2 (jika perlu): echo "options rtl8723be ant_sel=2" | sudo tee /etc/modprobe.d/rtl8723be.conf Dan reboot semula. Untuk saya, peranti Wi-Fi tersebut hanya dapat berfungsi apabila saya melakukan kedua-dua langkah 1 dan langkah 2. Selamat mencuba!