Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Bawa Infant Guna Air Asia - salah satu isu yang anda perlu tahu

Jika nak naik air asia jangan book hotel guna airasiago jika ada infant.. sebab tak add terus kat situ kena add di kaunter. kalau kena pegi kaunter tu kena add masa drop luggage sahaja. if dah web checked in tak boleh nak add dah infant di sales counter kena kat drop luggage counter tu.
Kena ada masa sekitar 3 jam sebelum flight supaya tak kelam kabut, jika perlu add juga (cthnya, wife tiba2 bersalin dan tiket dah beli, so considered sudden passenger).. sebab queue panjang. kami nyaris terlepas flight di LCCT sebab perkara ni. masa nak bertolak balik pun kena add lagi kat kaunter (lupa nak add di kaunter masa sampai).. yg ni masalah staff dia tak biasa buat, so jadi lambat juga.
Nak mudah, book terus asing2 guna online page AA dan tempah penginapan guna laman web yg lain. bitter experience.



Terima kasih kerana membaca pengalaman saya. Sila klik iklan Adsense kat tepi tu kah 3x

Memasang Plugin untuk Navigator Google Scholar

Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Google telah membuang navigator "Scholar" di dalam muka carian mereka. Ini amat menyusahkan, memandangkan dahulu kita boleh klik pautan "Web" untuk carian umum dan "Scholar" untuk carian di Google Scholar. (Saya merasakan, ini kerana golongan akademik hanya segelintir kecil dari pengguna Google, sedangkan Google itu sendiri adalah produk PhD!)

Kita boleh guna skript GreaseMonkey dari sini.

Cara install dalam Google Chrome:

Tools -> Extension

Kemudian, tarik(drag) script javascript itu ke tengah-tengah paparan skrin dan drop. Plugin tersebut akan dipasang. Restart semula browser chrome anda.

Buku Terjemahan untuk Penghidap Penyakit Was-was Ibadah

Buku ni tulisan Ibnul Qayyim al-Jawzi. Diterjemah oleh tiga syarikat berbeza.

Isu Berkaitan Rokok Elektronik/Elektrik

Cari di Internet menunjukkan kandungan nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik juga mendapat perhatian, dan jiran kita Singapura turut mengharamkan penggunaan rokok elektronik ini.

Inilah pentingnya "English Education"

Dalam kapsyen tu ditulis "pertukaran kebakaran". Terjemahahan terus sebegini biasa saya nampak di layar wayang, yang membayangkan mungkin yang menterjemah itu bukan orang Melayu. Tetapi untuk kes ini.. saya rasa ia adalah usaha salin+tampal dari "Google Translation" atau memang wartawan yang diarahkan untuk tukar menterjemah tidak mengetahui maksud frasa itu. Saya andaikan dari artikel bahasa Inggeris asalnya ialah "exchanging fire" yang bermaksud "berbalas tembakan"

Panduan Bas Ekspres Kuala Lumpur (TBS) - Skudai

Nota ringkas untuk saya. Bas dari KL (Terminal Bas Bersepadu Selatan, TBS) ke Johor Bahru (Larkin Terminal) secara umum bermula 8 pagi hingga ke pukul 12 malam. Ada banyak syarikat yang ke sana jadi boleh dikatakan tiket boleh dibeli secara on-spot tanpa belian awal.
Harga tiket adalah sekitar RM31-32 bergantung kepada syarikat. Sesetengah syarikat mengenakan caj tambahan 10 sen untuk insurans. 
TBS boleh dihubungkan dengan stesen Komuter, ERL, dan LRT. LRT akan tamat perkhidmatan pada pukul 1130 malam jadi rancang perjalanan supaya tak perlu ambil perkhidmatan teksi yang cekik darah.. contohnya dari TBS ke Taman Cempaka Ampang kalau naik LRT hanya RM1.60, naik "Teksi Bajet" (bajet la sangat) adalah RM33 
Bas dari KL-JB turun di Larkin. Sekiranya belajar/ada urusan di UTM Skudai, beritahu pemandu bas untuk turun di Taman Sri Putri/Sri Putri. Kemudian boleh ambil teksi di seberang jalan (naik jejantas), untuk ambil teksi sapu atau teksi berdaftar. Jangkaan harga teksi adalah…

Fakta Menarik Tentang Justin Bieber

Jumpa di FB.. memang kelakor la yeop!