Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

US Field Trip - Washington D.C

Washington D.C ni tak ubah macam Putrajaya, ia terletak berhampiran negeri Virginia. Oleh kerana saya memilih untuk menyewa kereta (mintak Sedan, tapi dapat 4WD alike, Chevrolet Equinox. Bayar sama harga Sedan) jadi sebenarnya saya telah memandu merentasi beberapa negeri di USA. Dari New York lalu New Jersey, lalu Delaware, lalu Maryland. Lebuhraya mereka lebih kurang sama macam lebuhraya PLUS kita, tapi sistem agak berbeza sedikit. Untuk yang memilih membayar guna cashless, mereka ada laluan sendiri. Lepas tu, masa saya dalam perjalanan balik ke NYC dari DC, bayar tol USD12+ guna duit tunai USD100...jurutol tu kata takde duit tukar!! Dia suruh pos balik duit tu. Tak boleh lari pun sebab ada kamera. Oleh sebab saya plan nak datang semula ke USA lagi kalau ada rezeki, saya mintak bantuan tuan rumah sewa AirBnB saya tolong poskan duit tunai tu. Agak menyusahkan.. kat Malaysia mana ada jurutol takde duit tukar! Ke DC ni sebenarnya saya nak tengok sendiri.. White House tu! Tempat ni actu