Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

USA field trip - New York City (part II)

Kalau nak masuk ke USA ni, banyak prosedurnya, tetapi berbaloi bila dah lepas jejak kaki ke sana. Tempoh dibenarkan berada di US ni adalah sekitar enam bulan untuk B1/B2 visa holder. Untuk tempat-tempat dalam USA ni biasanya kalau nak lawat, kita boleh beli pas masuk yang gabung sekali banyak tiket di dalam satu buku tiket. Tengok apa jadual kita dan baru buat keputusan samada berbaloi beli tiket banyak-banyak sekaligus atau bayar bila masuk. Salah satu syarikat yang menjual kad pas masuk ni adalah pelanggan kepada majikan saya, iaitu CityPass . Tempat-tempat menarik dilawati di New York City: 1.  Statue of Liberty 2. Grand Central Park 3. Museum of Space 4. 9/11 Museum (bersambung...akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

USA field trip - New York

Kami ke New York! Macam mimpi! Ye. Saya bekerja dengan sebuah syarikat perisian sumber terbuka yang mempunyai pejabat utama di Manhattan, New York City sejak tahun 2015. Syarikat ni adalah syarikat yang mengamalkan sistem remote staff, di mana hanya sekitar 5 orang sahaja pekerja yang berada di dalam HQ, dan selebihnya di serata USA dan luar US. Sehingga akhir tahun 2015, saya satu-satunya pekerja dari Malaysia dan juga satu-satunya pekerja Muslim di situ. Saya bertugas mengikut waktu Eastern Time (EST) di mana NYC berada di dalam zon waktu yang sama. Syarikat ni biasanya akan buat annual meeting, dan buat masa ni trend nya tiga tahun sekali, di mana sebelum ni pernah dibuat pada tahun 2012, dan saya pergi pada tahun 2015. Untuk ke USA ni dari Malaysia, kita kena apply US Visa dulu.. dan kosnya agak mahal, sekitar USD160 seorang. Budak kecik pun kena. So macam kami pergi empat orang, empat visa semuanya. Kadar semasa visa ni kena check di website embassy. Kalau untuk pel