Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

MH370, pulanglah!

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia, dengan kerjasama pelbagai negara serantau, ditambah dengan bantuan USA dan China tentunya, di mana rakyat China yang paling ramai berada di dalam pesawat tersebut. PM Najib sebentar tadi di dalam sidang media telah mengesahkan, yang pesawat tersebut diarahkan ke destinasi lain dengan sengaja. Kita sebagai rakyat Malaysia, tentunya sangat berharap tragedi ini berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan. Dengan pengesahan DS Najib ini diharapkan kisah ini berakhir dengan segera. Di samping itu, NASA dengan kepakaran yang mereka ada telah menyatakan kesudian untuk membantu menganalisa imej-imej satelit yang diperolehi.  sumber imej, sini Berdoalah kepada Allah, moga usaha untuk mencari pesawat ini dipermudahkan dan disegerakan hasilnya, insya Allah.