Skip to main content

USA field trip - New York

Kami ke New York!
Macam mimpi! Ye.

Saya bekerja dengan sebuah syarikat perisian sumber terbuka yang mempunyai pejabat utama di Manhattan, New York City sejak tahun 2015. Syarikat ni adalah syarikat yang mengamalkan sistem remote staff, di mana hanya sekitar 5 orang sahaja pekerja yang berada di dalam HQ, dan selebihnya di serata USA dan luar US. Sehingga akhir tahun 2015, saya satu-satunya pekerja dari Malaysia dan juga satu-satunya pekerja Muslim di situ. Saya bertugas mengikut waktu Eastern Time (EST) di mana NYC berada di dalam zon waktu yang sama.

Syarikat ni biasanya akan buat annual meeting, dan buat masa ni trend nya tiga tahun sekali, di mana sebelum ni pernah dibuat pada tahun 2012, dan saya pergi pada tahun 2015.

Untuk ke USA ni dari Malaysia, kita kena apply US Visa dulu.. dan kosnya agak mahal, sekitar USD160 seorang. Budak kecik pun kena. So macam kami pergi empat orang, empat visa semuanya. Kadar semasa visa ni kena check di website embassy. Kalau untuk pelawat dan business macam kami, apply visa B1/B2.. dan akan kena masuk temuduga di kedutaan US.

Masa kami ke US tempohari, dalam 29 September 2015 ke 10 Oktober 2015, dekat dua minggu. Sekejap je sebenarnya sebab perjalanan pegi balik pun hampir 24 jam termasuk transit. Kami ambik Emirates (wife yang pilih.. sebab timing dia agak sesuai dgn trip check in/out hotel). Emirates trip dia dari KLIA - Dubai sekitar 5 jam setengah, dan lagi 14 jam dari Dubai ke JFK (John F Kennedy) di NY City. 

Sampai je dari aiport saya beli sim card dulu.. yang ada internet sekali. Di airport ni harga dia cekik darah gak, kalau boleh roaming dari Malaysia guna la dulu. Sebab saya malas nak fikir, so beli je. USD75 utk 1GB internet dan call. Lepas tu boleh top up lagi dalam USD20 kot utk 1GB kalo dah habis.

Untuk beberapa hari pertama penginapan kami adalah di bawah tajaan majikan saya. Manhattan ni kira mukim yang besar dalam NYC. NYC ni pulak salah satu bandar dalam New York state. Jadi jangan keliru NYC dgn NY. Macam Bandar Melaka dalam Melaka lah kiranya.. cuma NYC ni jauh lebih besar.




NYC ni banyak tempat menarik, kalau nak ikutkan nak lawat semua.. dua minggu pun belum tentu habis. NYC ni ada lima mukim, Manhattan (kat pulau), Bronx, Brooklyn, Queens dan Staten Island. Pembaca semua boleh rujuk pautan ni.

(tulisan ni akan dikemaskini dari semasa ke semasa... rajin-rajin la jenguk)

Comments

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
Danga Bay, Chevrolet Optra and bio...(eh?) I thought it was Debian(haha). My colleague point me to the AirAsia flight turbin and he told me, "Macam debian punya logo" I saw a spiral on top the turbin blades. Pretty much like Debian Logo That's spark me to shoot for a pix. And I was warned by the airport staff. Uh,uh. Flash lamp will spark burst,eh? I was presented my "mock" research proposal. Suggested "Profiling Bioinformatics Application Behavior on Distributed Computing Architecture". Eh, will this gonna be bioinformatics specific or hardware optimization specific.or? Flashback: I spent almost a week at the office. When it's Subh azan,went back to my house for bath and pray. Reading all the journals and papers was not funny,really. Tough eye balls. No world cup. Ewh. And have some VCD lure. Uh,uh. you gonna be kidding. Anyway, I learned a lot and UTM SLAB Research Course is no joke. Really. My proposal has been corrected with comments so I have