Monday, September 26, 2016

Cara mengatasi isu driver Wi-Fi pada laptop HP

Saya menggunakan laptop HP yang menggunakan driver RTL8723BE. Installation Linux secara default pada distro Ubuntu, OpenSuSE nampaknya tidak mengenalpasti driver berkenaan secara default.

Saya jumpa satu pautan di sini yang membolehkan kad Wi-Fi tersebut berfungsi.

Ringkasnya:

Langkah 1:

sudo add-apt-repository ppa:hanipouspilot/rtlwifi
sudo apt-get update
sudo apt-get install rtlwifi-new-dkms
dan reboot.


Sekiranya tidak dapat dikesan juga, tambah langkah berikut:

Langkah 2 (jika perlu):

echo "options rtl8723be ant_sel=2"  | sudo tee /etc/modprobe.d/rtl8723be.conf
Dan reboot semula.

Untuk saya, peranti Wi-Fi tersebut hanya dapat berfungsi apabila saya melakukan kedua-dua langkah 1 dan langkah 2.

Selamat mencuba!

No comments: