Siri Bercakap dengan fork() **salinan boleh dimuat turun di sini [PDF] Bahasa aturcara seperti C/C++ menyokong penciptaan satu proses baru iaitu fork(). Set arahan fork() akan mencipta satu proses baru iaitu child dan proses asal tadi disebut parent dengan syarat tertentu. Secara umumnya, syarat yang ditentukan ialah; Sekiranya; Fork ID Kondisi 0 Ini ialah child >0 Ini ialah parent Saya sertakan satu program lengkap (rujuk apendiks) yang anda boleh salin dan cuba sendiri untuk memahami aliran fork() ini. Untuk membolehkan kita “menyaring” PID, PPID dan pepohon proses (process tree) program kita ini, kita boleh meletakkan arahan sleep(nilai saat) dan juga menggunakan pstree untuk melihat aliran proses parent dan child tadi. Andaikan nama program tersebut “myfork.cpp” dan selepas kompilasi menjadi “myfork” sahaja. g++ myfork.cpp -o myfork Rajah 1 : Menggunakan pengkompil GNU C++ untuk mengompil aturcara C++ Sekarang kita larikan aturcara “myfork” ini: $./myfork Ini ...
personal rants, technology updates and random stuffs in mind