Saya membeli beberapa buah buku berkaitan malware baru-baru ini di mana buku-buku tersebut masih belum berada di pasaran Malaysia. Saya membuat penyelidikan sendiri berkaitan harga-harga buku tersebut termasuklah di Amazon, Barnes and Noble dan beberapa ejen penjual buku yang lain. Contohnya buku ini, Google membantu kita untuk melakukan perbandingan harga dengan mudah, tanpa kita perlu melakukan kebanyakan kerja perbandingan : link Begitu juga dengan buku ini: link2 Namun demikian, setelah cuba melakukan transaksi di salah satu laman di dalam senarai buku-buku tersebut yang dikira termurah, saya dapati sebahagian daripada penjual buku-buku itu tidak melakukan penghantaran ke Malaysia. Akhirnya saya membeli buku dari sini yang tidak tersenarai di dalam senarai Google, dan saya dapati ia lebih jimat sekiranya kita menggunakan matawang Dollar Kanada (buat masa ini, dan mudah untuk melakukan perbandingan. Saya jangka dapat jimat sehingga RM10 untuk buku-buku tersebut) ...
personal rants, technology updates and random stuffs in mind