Tuesday, March 26, 2013

Pembelian barang guna "Freight Forwarding Service" (e.g: HopShopGo)

Kalau ada nak beli barang dari US/UK atau mana-mana negara, boleh guna "freight forwarding service". Buat masa ni saya guna HopShopGo untuk bawa masuk barang dari United States. Antara barang yang anda boleh fikir untuk bawa masuk:

  • Buku terpakai di Amazon, harganya sangat murah, dan biasanya tidak dihantar ke Malaysia. Anda boleh gunakan alamat maya (virtual address) ini utk forward parcel anda ke sana.
  • Barang-barang di eBay US pun begitu juga. Sesetengahnya tidak hantar ke alamat luar US kerana ada risiko barang hilang dalam perjalanan dan mereka perlu ganti semula. Jadi alamat virtual yang kita gunakan boleh bantu untuk hadapi masalah ini.

Untuk HopShopGo, storan percuma selama 30 hari disediakan. Selepas tarikh tersebut, kadar caj ialah USD1 sehari. Namun begitu, jika anda buat multiple shipment dan dinaikkan taraf kepada "Prime Member" yang sah selama enam bulan, tempoh storan percuma dinaikkan kepada 60 hari. Dalam enam bulan prime member tu, kalau buat lagi dua shipment, dia extend lagi prime membership tu lagi enam bulan.. so jadi setahunlah.

Dari Virtual Address HSG di Portland, Oregon (tax free state) ni, barang akan dihantar guna DHL. Biasa dalam tempoh seminggu sampailah. Kalau click button ship tu nanti, dalam 3-4 hari dia sort kat local warehouse dia.. maybe cari barang tu.. kumpul, masuk kotak. Then bila dah siap baru dapat tracking number. Bila dah dapat tracking number tu kejap je, dalam 3 hari dah sampai Malaysia. So preparelah. Kalau barang tu sampai pukul 6 pagi kat Subang Airport, dalam pukul 10 pagi dah brader DHL dah terpacul di depan pintu. Kalau korang takde kat rumah, boleh arrange schedule bila ada untuk delivery. Senang.

Untuk US address ni saya dah buat banyak shipment, so HSG ni memang recommended.  Payment dibayar menggunakan PayPal, dan ada diskaun untuk PayPal users.

Kadar bayaran untuk belian barang di US, korang boleh congak:

  • Harga barang tu
  • Postage barang tu dari tempat penjual ke virtual address HSG
  • Postage barang tu berdasarkan VOLUMETRIC WEIGHT (kalo kotak besar, barang kecik, volumetric weight besar sebab makan space... so pandai-pandaila kawtim dengan penjual untuk pos dalam parcel yang mampat dan muat-muat aje)
  • Fuel Charge DHL
  • Insurance fee
  • Kalau sangkut kat kastam Malaysia sebab jumlah harga barang+shipment > RM500.. masuk la harga cukai sekali. So far saya tak pernah kena lagi so tak tau la macam mana. Tapi mengikut pembacaan saya, DHL akan quotekan anda harga tax tu.. so bayar la kat DHL tak payah pergi Kastam di LCCT sana tu.


Dapat la jumlah penuh. Biasanya paling murah pun USD10 lah untuk postage dari HSG address ke Malaysia. Kalau sehelai je dalam USD25. Berat sehelai jeans dalam 700 gram ke 1kg/

Kalau untuk UK address, saya tak pernah guna lagi, tapi roughly saya tengok memang mahal, dan setengahnya untuk daftar pun kena bayar. Tak macam US. 

Contoh untuk UK
Forward2Me
AlphaSent
Borderlinx

Depa hantar guna UPS, FedEx dan lelain. Ada gak yang guna Royal Mail tapi untuk barang yang kira murah je.


Thursday, March 21, 2013

Malindo Airlines, penerbangan tambang murah baru

Pelancaran penerbangan Malindo Airlines ni memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, sebagai alternatif sedia ada untuk AirAsia yang popular dan juga penerbangan yang sedikit mahal dari Fireflyz.

Buat masa blog ini ditulis, 21 Mac 2013, Malindo Airlines menawarkan penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu. Laman web Malindo Airlines (MA) boleh dilawat di sini

Saya cuba melihat kos penerbangan ke Kota Kinabalu untuk 2 dewasa dan 1 infant, pergi balik total dalam RM498 sahaja. Harga termasuk fuel charge dan insurans.


Kalau saudara/i pernah naik flight ni.. silalah kongsi pengalaman di ruangan komen saya :)

Sunday, March 10, 2013

New Mark and Spencer Luxury Dark Blue Jeans W32 L33




New Mark and Spencer Luxury Dark Blue Jeans W32 L33

New With Tags

Original Price GBP 39.50 ~ RM184

Sell price with me RM160, Pos Laju add RM10

SMS/WhatsApp 019 387 0980

Levis 550 Dark Black W42 L30



Levis 550 Dark Black New Without Tag

Made in Mexico
Harga RM160 , Pos Laju tambah RM10

SMS/WhatsApp 019 3870980

Mark and Spencer Jeans W42 L33





Harga asal : GBP 39.50 dalam ~RM184
Harga jual: RM160. Pos Laju tambah RM10

Made in Turkey!

Masih ada tag, keadaan seperti dalam gambar

SMS/WhatsApp 019 387 0980

Wednesday, March 06, 2013

Maklumat Penajaan SLAB/I dan kemaskini PSD

Boleh tengok laporan kemajuan yang dihantar di sini

Boleh tengok "financial breakdown" untuk tajaan yang telah dilunaskan di sini