Skip to main content
Analisis Peribadi PRU 12

Beberapa analisis PRU 12:

Tertarik dengan statement TDM:

"Masa diorang tak pegang kerajaan bolehlah diaorang kata macam tu(turunkan harga minyak,etc-merujuk manifesto BA),kita tengok bila dah pegang kerajaan ni". (aw kama qaal).


Bagi DUN Perak agak kompleks kerana DAP memenangi kerusi majoriti,tetapi desas desus mengatakan calon PAS akan jadi MB. Khabar angin kadang2 berasas kerana tarikh PRU sebelum ini juga adalah khabar angin tetapi kemudian realiti,sekalipun dinafikan pada mulanya. Secara peribadi diharapkan mana-mana calon yang dilantik dapat menjaga kebajikan semua kaum, kerana kita faham parti BA kebanyakannya terfokus 'satu kaum'. Ini dilihat saingan neck to neck, DAP-MCA,UMNO-PAS dan PKR-MIC. Kita dapat lihat kebanyakan calon India diletakkan di dalam PKR, sekalipun Presiden adalah orang Melayu.

Bagi DUN Penang,majoriti disapu bersih oleh DAP dan PKR. Di dalam media disebut kerjasama DAP-PKR,tetapi sepanjang aku ikut statement media,tiada satu pun disebut kerjasama dengan PAS,ini kerana PAS hanya memenangi satu DUN di Penang. DAP diharapkan menjaga kebajikan masyarakat Melayu yang dikira menjadi penduduk minoriti Penang yang nak jadi ala-ala Singapore itu. Kita sangat faham pendirian DAP yang sebelum ini dilihat ekstrim dan kaku berbanding saingan MCA dan Gerakan.

Bagi DUN Kelantan, kemenenangan diperoleh hampir "landslide" [38 seats], melebihi jangkauan 2004.

Bagi DUN Selangor,memandangkan PKR memenangi majoriti, calon PKR Tan Sri Khalid dilantik menjadi MB. Semoga Selangor terus konsisten maju dan BA mampu melaksanakan manifesto, otherwise PRU 13 akan ditunjukkan jalan keluar.

Bagi DUN Kedah, sedia maklum majoriti kerusi DUN dimenangi oleh PAS. Cuma sekarang ni manifesto PAS ialah "Negara Berkebajikan" .. Negara Islam tu hidden agenda sebab non Muslim kurang selesa dengan Negara Islam. Tetapi kenyataan media yang dikeluarkan menyebut perancangan TG Haji Hadi (selaku presiden PAS, dan anak Presiden PAS pulak kena tahan di Rusila sebab kes tahan/kutip KPT/NRIC so called "phantom votters") untuk melaksanakan undang-undang Islam, adalah lebih baik beliau memfokuskan kepada pelaksanaan manifesto yang dilihat oleh tokoh pemerhati politik sebagai sukar/sangat sukar untuk ditunaikan.


Wassalam.

MNAJEM,
PEMERHATI dan PENGKRITIK POLITIK BEBAS PRU 12.

Comments

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
Sed (streaming editor) big time mnajem @zalzalah ~ $ cat ustazasri.txt >Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Julai 2005) >>Tarikh >>Tempat >>Waktu >>Tajuk >>15 Julai 2005 JUMAAT >>Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang >>Selepas Maghrib >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah) >>16 Julai 2005 SABTU >>Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur >>8.30 pagi ¿ 1.00 tgh >>DEBAT Astora Jabat vs Dr. Mohd. Asri ¿ Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan >>17 Julai 2005 AHAD >>Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail >>10.00 pagi >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa, Bab ke-6) >>17 Julai 2005 AHAD >>Masjid Jamek Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya >>Selepas Maghrib >>Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman) >>*Kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama dibatalkan.> mnajem@zalzalah ~ $ sed -i...
........speechless Salam, Aku lately mengalami masalah kesempitan wang yang serius disebabkan kereta satria aku yang berusia 10 tahun ada major repair.. dalam bulan ni je untuk kereta aku abis RM600 untuk maintenance. Ganti spectacle lagi. Accumulated maintaince expense untuk keta yang aku beli sejak Disember 2005 ni dekat RM3000 jugak. Ganti absorber,ganti tayar (haritu kan pancit-tayar last yang aku tak penah ganti pancit balik dari Kangar. Tayar tu tahun 2001. Owner lama tak tukar. Nasib la). Gaji macam aku ni dok seorang pun dah boleh jadi defisit, nak bayar PTPTN(auto deduct), loan laptop aku 2 tahun, then medical card(aku memikirkan sebab arwah abang aku dulu pernah kena kanser umur 29 tahun.. dan kebetulan dia ambik insurans tu tak jauh tarikh dari dia kena sakit tu, kampeni insurans tak nak bayar sebab assume dia dah tau sakit baru ambik polisi. Nak buat macam mana. So sewaktu sihat la fikir nak ambil polisi gini). Memang ada medical benefit, tapi kita tak tau future jadi apa, ...