Kalau ada nak beli barang dari US/UK atau mana-mana negara, boleh guna "freight forwarding service". Buat masa ni saya guna HopShopGo untuk bawa masuk barang dari United States. Antara barang yang anda boleh fikir untuk bawa masuk: Buku terpakai di Amazon, harganya sangat murah, dan biasanya tidak dihantar ke Malaysia. Anda boleh gunakan alamat maya (virtual address) ini utk forward parcel anda ke sana. Barang-barang di eBay US pun begitu juga. Sesetengahnya tidak hantar ke alamat luar US kerana ada risiko barang hilang dalam perjalanan dan mereka perlu ganti semula. Jadi alamat virtual yang kita gunakan boleh bantu untuk hadapi masalah ini. Untuk HopShopGo, storan percuma selama 30 hari disediakan. Selepas tarikh tersebut, kadar caj ialah USD1 sehari. Namun begitu, jika anda buat multiple shipment dan dinaikkan taraf kepada "Prime Member" yang sah selama enam bulan, tempoh storan percuma dinaikkan kepada 60 hari. Dalam enam bulan prime member tu, kalau ...