Alhamdulillah kami sekeluarga berpeluang bermusafir sekitar Australia Barat (West AU) pada November 2016. Tempoh berjalan adalah sekitar satu minggu dan saya telah memandu kereta sewa dalam jarak hampir 3,000km merentas hampir sebahagian Australia Barat. Pada waktu tersebut saya bawa juga laptop saya untuk bekerja disebabkan pada waktu berkenaan kontrak kerja saya adalah secara "part time" jadi tiada cuti bergaji, jadi saya kena bertugas pada waktu malam. Kebetulan di Australia Barat ni tidak digalakkan memandu pada waktu malam kerana banyak haiwan liar seperti kangaru yang suka kepada cahaya lampu kenderaan. Kadang-kadang kalau memandu di sekitar West AU ni anda boleh lihat bangkai kangaru di tepi-tepi jalan, berkemungkinan dilanggar oleh kenderaan yang berada di jalanan. Berikut adalah tempat yang kami telah lawat pada tempoh berkenaan: Lancelin Sand Dunes The Pinnacles/Nambung National Park Rottnest Island Wave Rock Esperance ...
personal rants, technology updates and random stuffs in mind