Perisian perosak (malware) pada dasarnya adalah perisian (software) yang digunakan untuk niat jahat (malicious). Dalam Bahasa Inggeris, perkataan malicious software ini digabungkan menjadi malware. Kalau kita perasan banyak _ware lain seperti adware, freeware.. dan ini tentunya berbeza untuk gender tertentu, tupperware! Seringkali kita baca artikel atau advisories yang menulis tentang virus, trojan, rootkit, worm. Apakah bezanya? Secara teori, malware adalah induk kepada perkara-perkara yang disebutkan tadi, iaitu Malware < -- (virus, trojan, rootkit, worm, ransomware etc) Ada juga kategori lain yang kurang popular seperti dialer dan rabbit (akan disambung bila rajin)