From Paris with Love ...! Saya berpeluang berjalan-jalan di Kota Paris, bersama isteri saya selepas kira-kira enam bulan perkahwinan kami (macam honeymoon lah tu!). Kami bertolak berdua dari Stesen Keretapi St Pancras di London, dan tiba di Stesen Keretapi Gare Du Nord di Paris. Perjalanan adalah kira-kira 2 jam, merentasi terowong bawah laut Selat Inggeris. Di Paris kami tidak punya banyak masa, disebabkan cuti isteri saya yang pendek, kami hanya ambil cuti seminggu sahaja untuk pusing-pusing di Ireland, UK dan Perancis. Kenangan di Perancis lebih mencabar kerana sahabat kami yang mulanya menemani perjalanan di UK dan Ireland (dia belajar di Dublin) tidak dapat menemani kami, kerana ada kelas. Nak harapkan orang yang tak pernah study oversea macam kami ni hehehehe Maka perjalanan pun bermula...! Setelah sampai di Gare Du Nord tadi, kami perlu mencari penginapan kami, hotel bajet yang terletak di Rosny (macam nama Dekan saya dulu, Dr Rosni). Mula-mula kami naik keretapi RER dan t...