Skip to main content
From Paris with Love ...!

Saya berpeluang berjalan-jalan di Kota Paris, bersama isteri saya selepas kira-kira enam bulan perkahwinan kami (macam honeymoon lah tu!). Kami bertolak berdua dari Stesen Keretapi St Pancras di London, dan tiba di Stesen Keretapi Gare Du Nord di Paris. Perjalanan adalah kira-kira 2 jam, merentasi terowong bawah laut Selat Inggeris. Di Paris kami tidak punya banyak masa, disebabkan cuti isteri saya yang pendek, kami hanya ambil cuti seminggu sahaja untuk pusing-pusing di Ireland, UK dan Perancis. Kenangan di Perancis lebih mencabar kerana sahabat kami yang mulanya menemani perjalanan di UK dan Ireland (dia belajar di Dublin) tidak dapat menemani kami, kerana ada kelas. Nak harapkan orang yang tak pernah study oversea macam kami ni hehehehe



Maka perjalanan pun bermula...!

Setelah sampai di Gare Du Nord tadi, kami perlu mencari penginapan kami, hotel bajet yang terletak di Rosny (macam nama Dekan saya dulu, Dr Rosni). Mula-mula kami naik keretapi RER dan turun di satu perhentian, tetapi kami clueless. Saya lantas bertanya kepada seorang lelaki di situ (tapi kami kena tanya dulu, samada dia bertutur dalam bahasa Inggeris). Walaupun begitu, saya kurang faham penjelasan beliau, mungkin sebab dia pun tidak berapa faham soalan kami. Saya mengambil keputusan untuk pergi ke satu perhentian sebelum perhentian tadi, disebabkan saya sudah melakukan carian di Google tentang rupa bentuk bangunan hotel kami.

Dah jumpa pun! Setelah berjalan kira-kira 15 minit, dan isteri saya pun agak risau. Yelah, berada di negara asing, tanpa siapa-siapa pun yang dikenali. Kami jumpa hotel kami dan bermalam di situ. Kecil saja, sesuai dengan bajet kami,seingat saya kira-kira EU35. Nak pakai cerek pun kena pinjam di kaunter(tu pun kena pulang balik sebab dia nak guna untuk hidang mereka yang sarapan di situ).

Esoknya, selepas Subuh kami bertolak ke destinasi kami. Berpandukan peta yang saya ambil di Gare Du Nord dan daily pass yang kami beli menggunakan kad kredit (tak boleh guna tunai) di situ, kami pusing-pusing di sekitar Zon 1 di Kota Paris (ada beberapa zon,tak silap Zon 1,2 dan 3.. Disneyland Paris seingat saya di Zon 3, paling jauh dan tiket daily pass kami tidak cover perjalanan ke sana).


Isteri saya menunjukkan satu bangunan bentuk piramid pada peta kami.. saya rasa menarik, tapi tak tau pun apa bangunan tu. (Isteri saya dah tengok Da Vinci Code, tapi saya belum hehe... mungkin. Rupanya itu bangunan yang ada dalam cerita tu. Begitu juga Gare Du Nord, jadi tempat penggambaran filem Bourne Identity lakonan Matt Damon).

24 jam, termasuk perjalanan pergi balik dan tidur semalaman di hotel, kami berjaya ke:

-Musee de Luvre (bangunan piramid tu)
-Effeil Tower (wajib pergi! tapi kami tak naik sebab ramai sangat orang)
-Notre Dame (shopping beli cendermata di sini, t-shirt segala)
-Paris Mosque (masjid.. :)

itu sahaja.. tapi sangat puas hati berjalan. Naik RER (keretapi ala-ala KLIA Express, tapi 2 tingkat), dan satu lagi Metro (macam LRT, slow sikit. Yang ni kami naik untuk ke Place Monge, untuk ke Masjid Paris)
-La Defense (gerbang besar)

Dan selepas tu pulang ke Saint Pancras, untuk kembali ke London dan seterusnya pulang ke Malaysia, meninggalkan seribu satu kenangan.

Comments

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
Sed (streaming editor) big time mnajem @zalzalah ~ $ cat ustazasri.txt >Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Julai 2005) >>Tarikh >>Tempat >>Waktu >>Tajuk >>15 Julai 2005 JUMAAT >>Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang >>Selepas Maghrib >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah) >>16 Julai 2005 SABTU >>Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur >>8.30 pagi ¿ 1.00 tgh >>DEBAT Astora Jabat vs Dr. Mohd. Asri ¿ Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan >>17 Julai 2005 AHAD >>Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail >>10.00 pagi >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa, Bab ke-6) >>17 Julai 2005 AHAD >>Masjid Jamek Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya >>Selepas Maghrib >>Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman) >>*Kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama dibatalkan.> mnajem@zalzalah ~ $ sed -i...
........speechless Salam, Aku lately mengalami masalah kesempitan wang yang serius disebabkan kereta satria aku yang berusia 10 tahun ada major repair.. dalam bulan ni je untuk kereta aku abis RM600 untuk maintenance. Ganti spectacle lagi. Accumulated maintaince expense untuk keta yang aku beli sejak Disember 2005 ni dekat RM3000 jugak. Ganti absorber,ganti tayar (haritu kan pancit-tayar last yang aku tak penah ganti pancit balik dari Kangar. Tayar tu tahun 2001. Owner lama tak tukar. Nasib la). Gaji macam aku ni dok seorang pun dah boleh jadi defisit, nak bayar PTPTN(auto deduct), loan laptop aku 2 tahun, then medical card(aku memikirkan sebab arwah abang aku dulu pernah kena kanser umur 29 tahun.. dan kebetulan dia ambik insurans tu tak jauh tarikh dari dia kena sakit tu, kampeni insurans tak nak bayar sebab assume dia dah tau sakit baru ambik polisi. Nak buat macam mana. So sewaktu sihat la fikir nak ambil polisi gini). Memang ada medical benefit, tapi kita tak tau future jadi apa, ...