Skip to main content

Transit di Istanbul

Semasa dari London (Heathrow) untuk pulang ke Malaysia saya transit di Istanbul, Turki. Di Turki, khasnya di sekitar Sultanahmet (tempat Blue Mosque dan Hagiya Sofya), peniaga di situ menerima wang Lira (matawang Turki), Euro, dan setahu saya termasuk US Dollar.

Saya singgah hanya 10 jam - kapal terbang Turkish Airlines yang saya naiki dari Heathrow sampai di Attarturk Hamalavi (Airport) pada sekitar 420 pagi, dan akan berlepas pulang ke Malaysia pada pukul 3 petang hari tersebut.

Jadi saya manfaatkan tempoh transit yang panjang itu untuk melawat sekitar Blue Mosque.

Perjalanan agak mudah, seeloknya jika ada peluang untuk menukar wang ke Lira, sila buat demikian di Malaysia, kerana setahu saya pengurup wang di Malaysia setakat yang saya berurusan jarang mengenakan komisen. Di Turki, pengurup wang mereka mengenakan komisen sehingga 4%, satu jumlah yang agak signifikan bagi saya - terutamanya di lapangan terbang.

Dari Attarturk Hamalavi - kodnya IST saya bertolak ke Sultanahmet yg berkedudukan sekitar 20KM dari IST dengan menaiki keretapi "Metro". Di Turki stesen, setau saya disebut "Istasyonu". Di sini kita perlu beli token yang dinamakan "Jeton" . Setiap Jeton berharga 2 Lira, jadi tentunya anda perlu menggunakan matawang Lira di sini. Jarak jauh atau dekat, semuanya satu token Jeton.

Jeton boleh dibeli dari mesin "Jetonmatik", masukkan Jeton tu pada mesin pengadang dan mesin tersebut tidak akan pulangkan Jeton tersebut, jadinya cukup sekadar memasukkan Jeton sahaja.

Kemudian, untuk ke Sultanahmet anda perlu berhenti di Zeytinburnu, di sini anda kena keluar dari stesen tersebut dan membeli satu lagi Jeton untuk menaiki Tram ke Sultanahmet. Tram, seperti di mana-mana negara yang menggunakan tram, akan bergerak di atas jalan raya. Jadi kadang-kadang anda akan lihat kereta memasuki laluan tram untuk bergerak - saya tak pasti samada boleh atau tidak berbuat demikian mengikut undang-undang jalanraya Turki tetapi saya biasa melihat beberapa kenderaan berbuat demikian.

Sewaktu saya dalam perjalanan ke Sultanahmet waktu itu, tram yang saya naiki sendat dipenuhi warga tempatan, yang mungkin agak pelik kerana melihatkan backpack saya dan wajah orang Melayu di celah-celah warga Turki. Tram yang saya naiki tidak sampai ke sultanahmet pun, sebab ada dua orang Turki berkata sesuatu yang tidak saya fahami - sebab agak sukar untuk berjumpa warga Turki yang berbahasa Inggeris!
Apa yang saya faham, mereka mahu saya keluar - mungkin tram itu tidak akan ke Sultanahmet pun. Jadinya saya turun dua stesen sebelum sultanahmet, yang tidak saya ketahui berapa jauh jaraknya.


Saya sempat berjalan-jalan di sekitar stesen tram yang saya berhenti tersebut - Beyazit. Rupanya di sini terletak Sultan Sulaiman Mosque dan juga Istanbul University.. dan persekitarannya mengingatkan saya kepada Jalan Tunku Abdul Rahman disebabkan jumlah kedai yang sangat banyak.. sehinggalah saya bertemu "Grand Bazaar" yang lagi besar saiznya.

Kebanyakan kedai-kedai di sini menjual barangan mereka dengan harga yang tidak jauh bezanya - sekiranya anda mahu membeli cenderamata. Yang penting anda kena pandai menawar harga barang yang dijual.

Saya hanya berseorangan berjalan di sekitar bazaar tersebut. Satu masa di celah-celah orang ramai ada seorang polis memegang "metal detector" - yang saya biasa lihat di lapangan terbang untuk mengimbas backpack saya yang "superberat" - sebab tak mau excess baggage pada luggage saya. Jadi terpaksa mengangkut beg yang berat demi untuk menjimatkan entah berapa KG hehe.







Kemudian saya bertanyakan kepada salah seorang pekedai di situ, di mana Blue Mosque dan berapa jauh jaraknya dari Beyzati. Pekedai tu kata "Dekat saja, dalam 5-6 minit berjalan kaki". Maka saya teruskan perjalanan mengikut laluan tram di sekitar koridor kedai-kedai di situ. Kaki sebenarnya dah melecet sebab di UK pun banyak berjalan sebab takde kenderaan sendiri. Sampai saya nampak sultanahmet, dan bangunan Blue Mosque serta Hagiya Sofya yang berhampiran satu sama lain, saya tersenyum, bersyukur kerana akhirnya sampai.

Ni la namanya Jeton, sama je bulat macam Token naik LRT kat Malaysia

Namun saya tidak masuk ke dalam kerana memikirkan saya harus kembali semula ke lapangan terbang secepat mungkin - sebab tak pasti apa yang akan jadi kalau lewat kembali ke lapangan terbang (nak kena scan beg lagi etc. boarding pass balik KL dah ada pun).

Hagiya Sofya, masjid jadi gereja, then sekarang jadi muzium je


Bergambar dengan Blue Mosque, view tak berapa lawa sebab mintak orang snapkan (a stranger actually.. dah tu nak jugak gambar dengan latar belakang Blue Mosque lantak laa)


Then dah rasa macam nak balik singgah dulu bazaar, cari t-shirt, scarf (ke apa nama tah, macam muffler, beli untuk orang rumah, my mum, my mother in law...), fridge magnet, keychain semua ada dekat-dekat situ.

Kebab je tak makan sebab tak pasti la macam mana nak kenal Muslim non Muslim food kat sini, sebab sini negara sekular, tak macam di Malaysia lebih strict bab halal haramnya.

Lagipun singgah kejap je.

Then masa nak pulang semula ke airport, naik tram di Sultanahmet, berenti Zeytinburnu, ambik Metro dan balik semula ke IST.

:)



Comments

Salam perkenalan. Im going to london via istanbul this june. Transit around 7 hours. Agak2 sempat x ronda sultanahmet? Bole x reply to my email acap_cyber@y.c.

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!

Vultr - another reliable alternative for SEA Virtual Private Server!

I have been using Vultr  as my recent VPS now, since it has just a nearby Data Center in Singapore (sadly, Malaysian VPS is always expensive.. so the best option is DC in Singapore - most of the time). It provides free trial credit for around USD5.. and +USD2 if you did a social media integration/sharing with Twitter. Try it now. Click Vultr