Skip to main content

Panduan Bas Ekspres Kuala Lumpur (TBS) - Skudai

Nota ringkas untuk saya.
Bas dari KL (Terminal Bas Bersepadu Selatan, TBS) ke Johor Bahru (Larkin Terminal) secara umum bermula 8 pagi hingga ke pukul 12 malam. Ada banyak syarikat yang ke sana jadi boleh dikatakan tiket boleh dibeli secara on-spot tanpa belian awal.

Harga tiket adalah sekitar RM31-32 bergantung kepada syarikat. Sesetengah syarikat mengenakan caj tambahan 10 sen untuk insurans. 

TBS boleh dihubungkan dengan stesen Komuter, ERL, dan LRT. LRT akan tamat perkhidmatan pada pukul 1130 malam jadi rancang perjalanan supaya tak perlu ambil perkhidmatan teksi yang cekik darah.. contohnya dari TBS ke Taman Cempaka Ampang kalau naik LRT hanya RM1.60, naik "Teksi Bajet" (bajet la sangat) adalah RM33 

Bas dari KL-JB turun di Larkin. Sekiranya belajar/ada urusan di UTM Skudai, beritahu pemandu bas untuk turun di Taman Sri Putri/Sri Putri. Kemudian boleh ambil teksi di seberang jalan (naik jejantas), untuk ambil teksi sapu atau teksi berdaftar. Jangkaan harga teksi adalah dalam RM10-15. Ambil nombor telefon pemandu teksi kerana anda mungkin perlukan servis mereka untuk kembali ke Sri Puteri.

Bas dari KL-JB ada yang berhenti di Yong Peng, tempat makan. Tempat makan ni harga mahal cekik darah, air mineral 500ml berharga RM1.80, biasa dalam RM1 sahaja. Kalau 1.5l dalam RM3 lebih.. kat Petronas pun dalam RM2.40 sahaja. Jadi makanlah siap-siap atau makan roti sahaja sebagai pengalas perut kalau tak mau makan di sini. Bas yang tak berhenti langsung di sini pun ada, contohnya Konsortium. Jadi kena tanya dulu di kaunter.. itupun bukan jaminan mereka akan bagi info yang tepat.

Ada bas yang akan berhenti di Seremban untuk turunkan penumpang, jadi kena tanya samada bas yang akan anda naiki tu non stop atau berhenti. Cadangan ialah bas Konsortium (malangnya saya tak berapa suka, sebab sela antara seat sempit jadi kaki saya tak selesa) dan bas KKKL. Syarikat lain ada banyak lagi dan setengahnya saya tak ingat nama. Nanti akan dikemaskini semula sebagai nota peribadi saya.



Comments

Aisyah Humaira said…
trima ksh jazakillah utk info berguna ni.. tapi sekarang bas dah tak boleh stop seri putri.. terpksa turun larkin dlu.. naik teksi mahal nk ke utm.. :/

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
Sed (streaming editor) big time mnajem @zalzalah ~ $ cat ustazasri.txt >Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Julai 2005) >>Tarikh >>Tempat >>Waktu >>Tajuk >>15 Julai 2005 JUMAAT >>Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang >>Selepas Maghrib >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah) >>16 Julai 2005 SABTU >>Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur >>8.30 pagi ¿ 1.00 tgh >>DEBAT Astora Jabat vs Dr. Mohd. Asri ¿ Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan >>17 Julai 2005 AHAD >>Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail >>10.00 pagi >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa, Bab ke-6) >>17 Julai 2005 AHAD >>Masjid Jamek Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya >>Selepas Maghrib >>Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman) >>*Kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama dibatalkan.> mnajem@zalzalah ~ $ sed -i...
........speechless Salam, Aku lately mengalami masalah kesempitan wang yang serius disebabkan kereta satria aku yang berusia 10 tahun ada major repair.. dalam bulan ni je untuk kereta aku abis RM600 untuk maintenance. Ganti spectacle lagi. Accumulated maintaince expense untuk keta yang aku beli sejak Disember 2005 ni dekat RM3000 jugak. Ganti absorber,ganti tayar (haritu kan pancit-tayar last yang aku tak penah ganti pancit balik dari Kangar. Tayar tu tahun 2001. Owner lama tak tukar. Nasib la). Gaji macam aku ni dok seorang pun dah boleh jadi defisit, nak bayar PTPTN(auto deduct), loan laptop aku 2 tahun, then medical card(aku memikirkan sebab arwah abang aku dulu pernah kena kanser umur 29 tahun.. dan kebetulan dia ambik insurans tu tak jauh tarikh dari dia kena sakit tu, kampeni insurans tak nak bayar sebab assume dia dah tau sakit baru ambik polisi. Nak buat macam mana. So sewaktu sihat la fikir nak ambil polisi gini). Memang ada medical benefit, tapi kita tak tau future jadi apa, ...