Skip to main content
Neo anto kat aku:


Tips and clue on how to succeed in interview with Shell or other MNC
Co.
------------------------------------------------------------

Hi Mnajem,

Tahniah kerana telah melepasi peringkat pertama dari beberapa
peringkat tapisan interview dalam shell.

aku telah melepasinya.., kenapa tidak ko kan? aku lagi takde CGPA atau
SPM yang power-power.

pada peringkat pertama biasanya tak susah sangat, mostly soalan
berkisar mengenai latarbelakang pendidikan dan keluarga .. juga untuk
mengenali serba-sedikit personaliti ko. Sebab tu ada soalan pasal
Taman Negara tu.., utk test kemahiran 'thinking on your feet', dimana
jawapan ko adalah berbentuk spontan tapi bernas..berdasarkan kepada
kepekaan ko terhadap isu-isu semasa, soalan ini ditanya sebab Shell
merupakan satu-satunya syarikat minyak yg aktif dalam kempen-kempen
'Green Earth' nih.. Di tanya pasal advantage dan dis-advantage tu..
utk test analyctical skill ko..,

untuk peringkat kedua,
biasanya.. akan lebih ke arah teknikal. Eh, jawatan apa yg ko mintak
ni?? ko tak tanya ke.. JAwatan apa yg nak di offer ni??
Kalau jawatan tu.., lebih ke arah Windows 2000 services.., kene laa
buat study pasal services tu.. dan begitu mendalam supaya tidak
kantoi.
Kalau jawatan tu.. pasal linux.., bersedialah dgn segala kemungkinan
soalan.. yg biasanya.. susah juga..

untuk peringkat ketiga,
ada test writing skill. kadang-kadang ko kene buat satu esei dalam
masa 30 minit (300 words tak silap aku.) Cam aku kena tajuk ni - World
Fossil Fuel causing green-house effect, give your view on this , write
a short essay. (panic eh?, yes..aku pun panic masa tu.., tapi..tulis
aja apa yg aku tahu pasal green-house effect.., why fossil fuel is on
the verge of depletion and we should go on to other alternative
energy..bla..bla..bla..)
- Biasanya writing skill ni.. test skill ko utk menyampaikan maksud
dan idea ko dalam bentuk tulisan secara berkesan.

Peringkat seterusnya.. seingat aku - English test. huh.. memang
mencabar ni.., test ni berbentuk comptuter based test (CBT) soalan
semua akan keluar di screen dan ko di beri masa 30 minit juga..
soalan-soalan biasanya berbentuk objektif.. (hehe.. boleh tembak), dan
ditanya pasal Synonim / Antonim ( cth : Shy - synonim timid,
introverter..dll.., Antonim - yg berlawanan? brave? )
juga ditanya lain-lain soalan ttg english language.. susah jugak..

Peringkat seterusnya - IQ dan aptitude test. >> biasa aje ni.. kalau
ko biasa buat
IQ test.., test ni.. boleh score laa.. (aku score dalam test ni..)

Peringkat seterusnya - Personality test - huh.. yg ni.. susah sikit..
soalan-soalan yg di tanya akan mengenal pasti ko individu type A,B,C,
or yg mana-mana laa.. Jgn menipu dalam test ni.., sebab kalau ko jawab
macam ko ni bagus sangat.. pun takkan berjaya.. jawablah sejujur yg
mungkin.
contoh soalan :
1. Jika anda berada dalam sesuatu majlis anda biasanya :
a. anda akan menyorok belakang kawan-kawan anda.
b. anda menjadi tumpuan didalam majlis itu
c. anda sekadar memerhati sekeliling mencari kenalan.
d. anda gembirakan diri anda tanpa mempedulikan apa yg berlaku di
dlm majlis itu.

Jawapan ko di atas akan menyumbang kepada jenis personaliti ko..

tips : utk berjaya dlm peringkat ni.., Shell biasanya mencari
candidate yg ada people skill.., maksudnya.. ko ialah individu yg
mudah didekati.., terbuka.. dan senang mixed-around tak kira apa level
pun.

Final interview - akan dihadiri beberapa Mat Salleh.. yg bisa membuat
peluh ko meleleh.., (jgn panik.. diaorang pun speaking english cam
kita jugak.., cuma laju sikit aje..) kat sini.. biasa akan ada HR
manager or officer, yg akan tanya apa expectation ko terhadap kompeni
ni.., apa plan jangka panjang ko .. terhadap karier..

bersedia dgn knowledge mengenai Shell, apa shell? bila established?
apa Shell IT? kenapa kat malaysia office nya? berapa region yg shell
support di malaysia?
Juga pengetahuan dalam general knowledge.., perkembangan terkini dunia
IT.., spot question skang nih.. >> since ko orang linux.. akan di
tanya pendapat ko mengenai 'Sco-Linux Feud'.. apa pendapat ko..,
cam aku di tanya mengenai penggabungan HP-COmpaq.. , apa kesannya
terhadap Shell? since shell guna Compaq.., sib baik aku dah bersedia
dgn facts dan figure mengenai penggabungan tu. :-) selamat aku..

ok.. setakat ni sahaja tips dan pengalaman aku.., dalam melalui
beberapa interview dalam MNC company.., dari 5 yg aku pernah pergi.. 4
berjaya.., dari 4 tu.. 3 aku tolak.. sebab lambat sangat offer.., 1
aja aku terima .. sampai sekarang ni..la aku kerja sini..

tips terakhir..hampir terlupa.. > kalau HR tanya >> adakah anda
bersedia bekerja jika ditawarkan jawatan dalam bentuk kontrak?
terpulang pada ko.., kalau ko jawab tak.. tak dapat la ko.. sebab
shell tak ambil dah permanent staff sekarang.., accept sahaja
kontrak.., itu ada satu tiket utk masuk ke shell dan berusaha dari
dalam utk menuju permanent.. (biasanya 1-2 tahun..)
starting salary? >> sensitif ni.., kalau ko fresh grads.. asking price
should not exceed 3k.., if you got 3-4 yrs experience..- tak lebih
dari 5k.. , kalau ada lebih 5 tahun experience.. 6-8k.., dan kalau dah
pernah bekerja dulu.. tak lebih dari 30%-50% kenaikan dari gaji
lama..


ﺘﻤﺍﻢ ﺍﻠﺗﻗﻮﻯ ﺗﺮﻚ ﺒﻌﺾ ﺍﻠﺤﻼﻞ ﺧﻮﻔﺎ ﺃﻦ ﻴﻜﻮﻦ ﺤﺮﺍﻣﺎ


Comments

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!

Vultr - another reliable alternative for SEA Virtual Private Server!

I have been using Vultr  as my recent VPS now, since it has just a nearby Data Center in Singapore (sadly, Malaysian VPS is always expensive.. so the best option is DC in Singapore - most of the time). It provides free trial credit for around USD5.. and +USD2 if you did a social media integration/sharing with Twitter. Try it now. Click Vultr