Swisscash Mania source Ustaz Zaharuddin yang proaktif menulis dalam menelanjangkan sistem pelaburan berasaskan Internet seperti Swisscash dan konco-konconya telah berjaya menghuraikan kepincangan sistem pelaburan yang meragukan ini. Memetik tulisan beliau... Sebagaimana yang disebut oleh Allah SWT bahawa individu yang telah makan duit haram riba nescaya akan hilang berkat dalam kehidupannya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan di dalam surah al-Baqarah ayat 278. Imam Ibn Hajar al-Haithami telah menerangkan kesannya sebagai "Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah, cenderun...