Skip to main content

Wang Plastik oh Kad Hutang!

Baru-baru ini saya mengalami masalah di mana saya tidak boleh membayar bil Digi dan UNIFI saya menggunakan kad kredit Mastercard Bank Islam saya. Sungguh aneh, memandangkan kad itu boleh saya guna untuk transaksi di Amazon dan eBay. 

Semalam pula, pengalaman mengerikan di mana saya terpaksa menggunakan wang tunai untuk membayar bil servis kereta.. kerana apabila kad tersebut diluncurkan pada pengimbas, ia menanyakan no PIN dan apabila dimasukkan no PIN yang betul, validasi gagal. Orang kedai tu pulak bila try dengan kad dia, OK je dan tak tanya no PIN! Sungguh aneh sebab kedai ni saya dah biasa swipe kad kredit kad saya since 2009 lagi!

Saya mengambil keputusan untuk berhijrah kepada kad kredit lain. Kad BIMB saya dah guna semenjak 2005 lagi (sekarang 2012). Tapi kerenah BIMB ni macam-macam juga, dan semalam adalah kemuncaknya.

Saya cenderung untuk mengambil kad kredit Bank Rakyat, antaranya boleh redeem point kepada tunai ataupun trip umrah/pelancongan. Kad caj al-Rajhi pun OK, cuma ikut pembacaan saya di Internet, yuran tahunan RM70 tidak dikenakan waiver, jadi kena bayar juga. Kad caj berbeza dengan kad kredit di mana kita kena settlekan jumlah baki tertunggak apabila tiba due date, kalau tak kad tu digantung kegunaannya.

Macam BIMB dia takde benefit apa pun, setakat rebate saja.

Comments

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
........speechless Salam, Aku lately mengalami masalah kesempitan wang yang serius disebabkan kereta satria aku yang berusia 10 tahun ada major repair.. dalam bulan ni je untuk kereta aku abis RM600 untuk maintenance. Ganti spectacle lagi. Accumulated maintaince expense untuk keta yang aku beli sejak Disember 2005 ni dekat RM3000 jugak. Ganti absorber,ganti tayar (haritu kan pancit-tayar last yang aku tak penah ganti pancit balik dari Kangar. Tayar tu tahun 2001. Owner lama tak tukar. Nasib la). Gaji macam aku ni dok seorang pun dah boleh jadi defisit, nak bayar PTPTN(auto deduct), loan laptop aku 2 tahun, then medical card(aku memikirkan sebab arwah abang aku dulu pernah kena kanser umur 29 tahun.. dan kebetulan dia ambik insurans tu tak jauh tarikh dari dia kena sakit tu, kampeni insurans tak nak bayar sebab assume dia dah tau sakit baru ambik polisi. Nak buat macam mana. So sewaktu sihat la fikir nak ambil polisi gini). Memang ada medical benefit, tapi kita tak tau future jadi apa, ...

Tips maksimakan penjimatan cukai untuk individu dan bisnes

Salam Sejahtera! Saya baru saja beli buku penjimatan cukai tulisan kenalan saya Khairul Amal Haji Hashim (kedua-dua penulis dan arwah bapanya adalah orang yang saya kenali). Tuan Khairul Amal dikenali di laman muka buku dan di televisyen sebagai pakar cukai yang rajin mengemaskini khalayak dengan ilmu percukaian beliau. Berminat dengan buku ni? Klik  sini Berminat dengan buku ni? Klik sini