Skip to main content
Keta spare + reban ayam bergerak






Aku hantar keta satria aku pergi ketuk+cat satu body... RM1600 hengget. Then kedai tu janji nak kasi keta spare (aku dah agak la keta cabuk).. so aku ikut pomen tu pergi ampang.. dekat rumah tunang aku.

Then sampai sana aku tengok dia kasi keta saga aeroback.... dia punya wiper dan lampu switch ko tau guna pulas macam radio tu.. damn serious aku tak penah tengok..

Yang paling jijik dinding luar keta tu penuh taik burung... so aku sabor je.. then aku bawak balik keta tu dari ampang... trafik jem la plak.. sampai depan sket dari flamingo.. dang!!!!! enjin berenti.

Aku bengang betui... so aku takde plak nombor cawangan bengkel tu kat taman melati.. so aku check resit aku dulu-dulu dalam wallet.. takde nombor tepon!!!!

Last-last dah dekat 1/2 jam aku call tunang aku mintak dia pergi bengkel tu kasi tau aku tersadai kat MRR2... mula2 lane tengah tu.. nasib la trafik jem.. then aku tolak keta tu kat tengah2 susur masuk dari flamingo dan MRR2.. lepak situ.. just in case pomen yang bawak aku tadi lalu... tunggu-tunggu takda...

Dekat 2 jam aku kat tengah-tengah MRR2 tu.. macam orang gile... Bengkel tu pulak bila tunang aku kasi phone suruh dia jawab ada ke dia tanya aku dah isi minyak ke belum... %@#%@#%#@...

Kalau nak bagi kereta kat pelanggan bagi la kereta dah isi minyak.. ni dah la kereta reban ayam bergerak.. takde minyak pulak tu.

Tak lama lepas tu (lama la jugak.. aku tersadai dalam pukul 3.. dia sampai pukul 5 petang).. brader bengkel dari Ampang datang bawak tong.. isi minyak RM10.. (3 liter).. lepas tu aku pun singgah Petronas isi lagi RM10.. esoknya aku isi RM20 lagi.. so ada la dalam 12 liter.

Skang ni aku bawak kereta tu pergi opis... malu pun ada.. tapi since orang tak tanya aku peduli apa kan. HAHAHA...


Janji esok (Khamis) siap.. kita tengok la sama siap atau kencing je lebih.. dah la caj RM1,600. Ni suma termasuk pasal sorang budak tu hantam wa punya bonet belakang la.. abis bengkok besi bonet tu.

Comments

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
Sed (streaming editor) big time mnajem @zalzalah ~ $ cat ustazasri.txt >Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Julai 2005) >>Tarikh >>Tempat >>Waktu >>Tajuk >>15 Julai 2005 JUMAAT >>Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang >>Selepas Maghrib >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah) >>16 Julai 2005 SABTU >>Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur >>8.30 pagi ¿ 1.00 tgh >>DEBAT Astora Jabat vs Dr. Mohd. Asri ¿ Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan >>17 Julai 2005 AHAD >>Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail >>10.00 pagi >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa, Bab ke-6) >>17 Julai 2005 AHAD >>Masjid Jamek Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya >>Selepas Maghrib >>Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman) >>*Kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama dibatalkan.> mnajem@zalzalah ~ $ sed -i...

Tips maksimakan penjimatan cukai untuk individu dan bisnes

Salam Sejahtera! Saya baru saja beli buku penjimatan cukai tulisan kenalan saya Khairul Amal Haji Hashim (kedua-dua penulis dan arwah bapanya adalah orang yang saya kenali). Tuan Khairul Amal dikenali di laman muka buku dan di televisyen sebagai pakar cukai yang rajin mengemaskini khalayak dengan ilmu percukaian beliau. Berminat dengan buku ni? Klik  sini Berminat dengan buku ni? Klik sini