Skip to main content
PPSMI

PPSMI!!
Itulah perkara yang paling hangat buat masa ini. Ribuan umat Melayu berarak untuk membantah penggunaan BI di dalam pengajian Sains & Matematik.

Kalau ditanya pendapat saya - perlu atau tidak? Saya katakan saya mahukan peratusan sebenar jumlah pelajar yang lulus setelah hampir 10 tahun PPSMI dijalankan.

Ya, saya suka melihat anak-anak Melayu kita pintar berbahasa Inggeris, tetapi saya juga tidak mahu melihat mereka GAGAL di dalam pengajian kerana masalah bahasa.

Tapi ya, selaku anak kampung yang membesar di kampung, bersekolah di SBP Agama, dan kemudian ke IPTA yang menggunakan medium English baik Bachelor dan Masters, saya berpendapat fungsi English amat penting, dan mempunyai level kefasihan yang tinggi di dalam pertuturan, penulisan amatlah penting.

-akan bersambung, jika ada masa.

Comments

Unknown said…
Ada masanya kita perlu mengimbas kembali sejarah kita untuk mendapatkan penunjuk dari tok-nenek kita (forefathers). Orang Melayu kita maju dalam perniagaan pada zaman Melaka. Ini kerana kita lebih flexible dan boleh melakukan business dengan Cina, India dan Arab. Bila zaman barat pula, orang Melayu kita ketinggalan. Tetapi, Bapa kemerdekaan kita, nak ramai antara orang Melayu bijak dan faham Ilmu perundangan orang barat walaupun dalam bahasa Inggeris. Begitulah caranya kita mendapatkan kemerdekaan kita, dgn membentangkan pendapatkan kita di London. Pada masa itu kita berani belajar ilmu dalam Bahasa Inggeris. Kalau tok-nenek kita lemah bahasa inggeris, rasanya kita masih lagi dibawah jajahan British.

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!

Vultr - another reliable alternative for SEA Virtual Private Server!

I have been using Vultr  as my recent VPS now, since it has just a nearby Data Center in Singapore (sadly, Malaysian VPS is always expensive.. so the best option is DC in Singapore - most of the time). It provides free trial credit for around USD5.. and +USD2 if you did a social media integration/sharing with Twitter. Try it now. Click Vultr