Skip to main content

Takaful - your choice

Membicarakan tentang hal kecemasan terutama berkaitan kesihatan tentunya melibatkan hal kewangan. Kadangkala individu yang disarankan untuk mengambil takaful akan memberi alasan, majikan beliau sudah mempunyai insurans.

Dalam ini ada beberapa perkara

1- Insurans (baca: takaful) tersebut hanya sah laku sementara beliau masih berkerja di situ. Syarikat mungkin akan bangkrap, mengalami kerugian, atau beliau mungkin akan berpindah ke tempat lain

2- Insurans(baca: takaful) juga ada had boleh tuntut. Tentunya mengalami kesukaran apabila ditimpa musibah dan anda sudah tiada lagi polisi yang boleh digunakan

Sekiranya anda memilih untuk mengambil polisi takaful pula, ada beberapa perkara

1- Ada takaful yang berbentuk bayaran premium tahunan/bulanan, dan sekiranya tiada tuntutan, wang tersebut hangus (you got Burned!)

2- Ada takaful yang berbentuk takaful hayat dan simpanan. Maksudnya sekiranya ada keilatan kekal/kematian (bersyarat) barulah waris anda mendapat wang tersebut

3- Ada takaful yang berbentuk kad medikal. Ini dipelopori oleh Prudential BSN di Malaysia (bagi takaful).. sekarang sudah diikuti oleh syarikat insurans lain. Kebiasaannya liputan adalah untuk kemasukan wad, penyakit kronik yang tiada harapan sembuh dan kematian (minimum, sebab ni bukan takaful nyawa). Kad ING contohnya masih berbentuk konvensional.

4- Untuk perkara 2) dan 3), setahu saya ada yang berbentuk simpanan. Ada juga yang menggunakan kaedah ini untuk seolah-olah menyimpan di dalam KWSP (cthnya kakitangan kerajaan yang ada pencen tapi tiada wang KWSP, menggunakan alternatif ini). Sampai had masa matang, dah ada simpanan bercampur dividen sekiranya tiada tuntutan.

Untuk takaful nyawa pula ada beberapa cara anda boleh menambah peluang untuk mencaraum dalam takaful nyawa/hayat ini

1- Public Ittikal contohnya, menyediakan peluang coverage mengikut bilangan unit yang dicarum. Contohnya sekiranya anda mencarum 8,000 unit (di mana setiap unit tak sampai RM1 pun), nilai coverage adalam RM8,000

2- Bank Islam pun ada coverage menggunakan takaful Malaysia. Sekiranya anda mengalami musibah, waris anda akan mendapat nilai tuntutan mengikut had boleh guna anda. Katakan kad kredit anda boleh guna sampai RM10,000 .. had tuntutan adalah sebanyak itu.

.. bersambung

artikel ini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Saya sendiri pernah mengambil peperiksaan ejen insuran dan menjadi ejen takaful lama dahulu.. tapi dah tak buat sales keh keh keh, maybe a comeback letter. It's an interesting area of job actually.

Comments

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
........speechless Salam, Aku lately mengalami masalah kesempitan wang yang serius disebabkan kereta satria aku yang berusia 10 tahun ada major repair.. dalam bulan ni je untuk kereta aku abis RM600 untuk maintenance. Ganti spectacle lagi. Accumulated maintaince expense untuk keta yang aku beli sejak Disember 2005 ni dekat RM3000 jugak. Ganti absorber,ganti tayar (haritu kan pancit-tayar last yang aku tak penah ganti pancit balik dari Kangar. Tayar tu tahun 2001. Owner lama tak tukar. Nasib la). Gaji macam aku ni dok seorang pun dah boleh jadi defisit, nak bayar PTPTN(auto deduct), loan laptop aku 2 tahun, then medical card(aku memikirkan sebab arwah abang aku dulu pernah kena kanser umur 29 tahun.. dan kebetulan dia ambik insurans tu tak jauh tarikh dari dia kena sakit tu, kampeni insurans tak nak bayar sebab assume dia dah tau sakit baru ambik polisi. Nak buat macam mana. So sewaktu sihat la fikir nak ambil polisi gini). Memang ada medical benefit, tapi kita tak tau future jadi apa, ...

Tips maksimakan penjimatan cukai untuk individu dan bisnes

Salam Sejahtera! Saya baru saja beli buku penjimatan cukai tulisan kenalan saya Khairul Amal Haji Hashim (kedua-dua penulis dan arwah bapanya adalah orang yang saya kenali). Tuan Khairul Amal dikenali di laman muka buku dan di televisyen sebagai pakar cukai yang rajin mengemaskini khalayak dengan ilmu percukaian beliau. Berminat dengan buku ni? Klik  sini Berminat dengan buku ni? Klik sini