Skip to main content
Melangkah ke depan...

Dulu waktu lepas sekolah, aku suka kat sorang budak ni. Mula-mula kawan biasa, lepas tu suka. Hehe.

But then, biasalah, bab begini bukan kepakaran aku, not my leg kata orang. Jadi kawan biasalah, tapi lebih kepada best friend. Kiranya dalam hidup aku ni (dulu) ada 2 orang yang ingat hari jadi aku even aku tak remind. Eh kejap,tiga. Pelik jugak perangai orang perempuan ni, benda macam ni boleh ingat. Dan yang best, time besday aku dapat la gift. Pelik lagi, aku ni bukan pakwe diorang pun.

Dalam last few months salah seorang daripada diorang tanya aku, jadi ke nak kahwin dengan dia. Aku tergamam sebab dah lama tak kontek tiba-tiba tanya soalan gitu. Tiba-tiba aku terasa dewasa. Tiba-tiba aku terasa aku ni dah tua rupanya, dah patut nak kahwin.

Dan jawapan aku? Negatif. Memang baik dan sopan santun budaknya, kerja pun mantap. Kira kata orang kalo aku jadi househusband pun tadak masalah. Tak perlulah aku detailkan sangat, nanti korang tau pulak. Kalo tau pun aku tadak masalah, dah jadi bini orang pun. Mentally aku tak ready, duit mungkin boleh top up sikit sebanyak. Tapi aku tak ready. Just not ready.

Tak lama lepas tu, dia hantar SMS, nak kasi kad(surprise!). Rupanya ada family arrangement. Parent dia tanya bila nak kahwin etc,since aku tolak,dia proceed dengan kiranya perfect stranger lah.

First time rasanya, aku pergi kenduri kahwin 2 rumah(laki perempuan). Tengok dia pakai baju pengantin, lawa pulak(memang lawa pun). Bila aku borak-borak ngan suami dia, background akademik dari tempat yang sama.

Tu je aku nak bagitau korang, kalo korang frust dulu, maybe ada peluang masa depan. Lepas tu mungkin frust balik. Hidup ni kan macam roda, bumi tu kan bulat. Kejap atas,kejap bawah,begitulah fitrahnya.

Bak kata orang Jawa, "Hidup mesti terus!"

Comments

Marjan Jeffry said…
jawa jawa nie ...Ko pun World gak ker?
Anonymous said…
aku ada calon sesuai untuk kauuu... ko pernah jumpa dia kat kuantan... hhhe... keja dia pun mantap... baik, sopan santun...

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
........speechless Salam, Aku lately mengalami masalah kesempitan wang yang serius disebabkan kereta satria aku yang berusia 10 tahun ada major repair.. dalam bulan ni je untuk kereta aku abis RM600 untuk maintenance. Ganti spectacle lagi. Accumulated maintaince expense untuk keta yang aku beli sejak Disember 2005 ni dekat RM3000 jugak. Ganti absorber,ganti tayar (haritu kan pancit-tayar last yang aku tak penah ganti pancit balik dari Kangar. Tayar tu tahun 2001. Owner lama tak tukar. Nasib la). Gaji macam aku ni dok seorang pun dah boleh jadi defisit, nak bayar PTPTN(auto deduct), loan laptop aku 2 tahun, then medical card(aku memikirkan sebab arwah abang aku dulu pernah kena kanser umur 29 tahun.. dan kebetulan dia ambik insurans tu tak jauh tarikh dari dia kena sakit tu, kampeni insurans tak nak bayar sebab assume dia dah tau sakit baru ambik polisi. Nak buat macam mana. So sewaktu sihat la fikir nak ambil polisi gini). Memang ada medical benefit, tapi kita tak tau future jadi apa, ...

Tips maksimakan penjimatan cukai untuk individu dan bisnes

Salam Sejahtera! Saya baru saja beli buku penjimatan cukai tulisan kenalan saya Khairul Amal Haji Hashim (kedua-dua penulis dan arwah bapanya adalah orang yang saya kenali). Tuan Khairul Amal dikenali di laman muka buku dan di televisyen sebagai pakar cukai yang rajin mengemaskini khalayak dengan ilmu percukaian beliau. Berminat dengan buku ni? Klik  sini Berminat dengan buku ni? Klik sini