Skip to main content
Sejarah Mazhab (Islamic School of Thoughts)

Zaman ini bukan hanya peperangan fizikal dan saraf dari kuffar, tetapi jugak serangan dalaman
Bagi mereka yang tidak memahami keperluan dan kenapa mazhab-mazhab itu wujud, apa kata baca artikel/ebuku ini dan jadikan sumber pencarian anda (maksudnya jika anda tidak berpuas hati, cari lagi,dan puaskan hati ;-) ) . Penulis ialah saudara Hafiz Firdaus. Saya telah membeli 3 buku hasil tulisan dan kompilasi beliau, usaha yang patut dipuji dalam anjakan paradigma ummah ke arah mendepani cabaran global.

http://www.al-firdaus.com/PedomanMazhab/Chap1.php

Saya letakkan snippet artikel tersebut:

Selepas kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada tahun 10H/622M, para Khalifah al-Rashidun iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khaththab, ‘Utsman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhum mengambil-alih sebagai pemimpin agama dan negara. Islam dan segala ajaran syari‘atnya telahpun lengkap dengan kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para Khalifah al-Rashidun meneruskan tradisi pimpinan dan pengajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu berlandaskan kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Hanya wujud satu perbezaan yang besar pada ketika ini, iaitu wahyu tidak lagi diturunkan.


Dalam era empat khalifah ini, sempadan-sempadan Islam sudah mula meluas ke arah wilayah-wilayah yang baru. Dengan pembukaan ini, para khalifah Islam sekali-sekala terpaksa berhadapan dengan persoalan-persoalan yang belum pernah dihadapi sebelum ini yang melibatkan hal-hal muamalah seperti ekonomi, hartanah dan sebagainya. Bagi mencari jalan penyelesaiannya, para khalifah akan duduk berbicara dengan para sahabat (Shura) bagi memperoleh satu jawapan majoriti yang paling dekat dengan ketentuan al-Qur'an dan al-Sunnah.

Comments

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
........speechless Salam, Aku lately mengalami masalah kesempitan wang yang serius disebabkan kereta satria aku yang berusia 10 tahun ada major repair.. dalam bulan ni je untuk kereta aku abis RM600 untuk maintenance. Ganti spectacle lagi. Accumulated maintaince expense untuk keta yang aku beli sejak Disember 2005 ni dekat RM3000 jugak. Ganti absorber,ganti tayar (haritu kan pancit-tayar last yang aku tak penah ganti pancit balik dari Kangar. Tayar tu tahun 2001. Owner lama tak tukar. Nasib la). Gaji macam aku ni dok seorang pun dah boleh jadi defisit, nak bayar PTPTN(auto deduct), loan laptop aku 2 tahun, then medical card(aku memikirkan sebab arwah abang aku dulu pernah kena kanser umur 29 tahun.. dan kebetulan dia ambik insurans tu tak jauh tarikh dari dia kena sakit tu, kampeni insurans tak nak bayar sebab assume dia dah tau sakit baru ambik polisi. Nak buat macam mana. So sewaktu sihat la fikir nak ambil polisi gini). Memang ada medical benefit, tapi kita tak tau future jadi apa, ...

Tips maksimakan penjimatan cukai untuk individu dan bisnes

Salam Sejahtera! Saya baru saja beli buku penjimatan cukai tulisan kenalan saya Khairul Amal Haji Hashim (kedua-dua penulis dan arwah bapanya adalah orang yang saya kenali). Tuan Khairul Amal dikenali di laman muka buku dan di televisyen sebagai pakar cukai yang rajin mengemaskini khalayak dengan ilmu percukaian beliau. Berminat dengan buku ni? Klik  sini Berminat dengan buku ni? Klik sini