Skip to main content
Tanpa Tajuk

Monolog

Izinkan aku menulis aku dalam bahasaku sendiri. Satu sebabnya ialah kebebasan aku menulis dalam bahasa lidahku keduanya kerana sindrom pembacaan aku lebih menulusuri aliran sastera lewat karya klasik Indonesia dan juga Malaysia.

Satu isu yang aku lontarkan di sini ialah satu artikel mengenai "kejayaan wanita" di dalam suratkhabar lewat beberapa pekan yang lalu. Isunya ialah mengenai kejayaan individu wanita dalam bidang pekerjaan. Toh aku terkagum betapa suksesnya individu ini di dalam kariernya, dengan nilai perniagaan jutaan ringgit. Tapi.

Tapi?

Tapi malangnya sudah bercerai. Ya, banyak isu berlegar lewat kepala aku ini. Sibuk sangat dengan urusan kerja, sampai tanggungjawab keluarga terabai? Atau memang sikap wanita itu yang menyebabkan masalah cerai? Atau suami sudah ada calon yang lebih bergetah dan berdahi licin?

Hem.

Toh perkara ini bukan satu isu yang biasa dibincangkan oleh lelaki, terlebih di dalam blog. Tapi aku selaku pemerhati dan pemikir, setiap perkara, setiap saat, setiap peristiwa cuba aku ambil 'ibrah/pengajaran supaya tidak tersungkur di dalam laluan hidup. Jadinya,apa kesimpulanku?
Dulu pernah aku baca di dalam satu forum ini, luahan beberapa individu yang menjadi full time housewife, dan alhamdulillah mereka bangga. Namun di satu tempat lain, beberapa individu berkeluh kesah, gelisah kalau mereka akan jadi full time housewife, antara sebabnya:
  1. tiada peluang untuk bergaul
  2. tiada peluang untuk buat wang sendiri
Jadinya aku berfikir lagi. Kerja ini satu untuk mencari wang. Keduanya untuk membunuh kebosanan. Tapi, kalau sudah kemaruk kerja, rumah tangga dan tanggungjawab terabai, apa manfaatnya?

Fenomena seterusnya pada pemerhatian aku ialah pengambilan PRT, Pembantu Rumah Tetangga. Satu opsyen yang mendesak, jika memerlukan. Tetapi sekiranya mampu, kenapa tidak tangan si isteri/ibu sendiri yang mengatur rumah sepanjang permegian suami?

Toh gak ada salahnya kalau mengambil pembantu. Tetapi, memikirkan tanggungjawab isteri,adakah ia sekadar teman & mesin penghasilan anak saja tanpa ada memikirkan modul untuk menjadi murabbi/pendidik bagi zuriat sendiri? Aku kira masalah sosial yang terdiri dari mereka yang bersyahadah dan mengaku dirinya mukmin dan muslim, malahan paling keji bertudung litup ini adalah soal pendidikan.

Pendidikan yang semakin menjadi komoditi, atau diserah tanggung pada guru,mudarris di institusi pendidikan semata.

Muslimah yang berotak jernih.
Secara peribadi aku agak inferior pada individu berlainan jantina ini yang mempunyai IQ yang lebih tinggi, satunya kerana aku tidak mahu menjadi lebih lemah. Kerana lemah itu selalu kalah dan jadi mangsa buli. Sila tengok filem buli afdlin shauki. Toh, sekalipun begitu, tidak bermaksud individu yang berIQ tinggi punya ego yang tinggi. Tetapi, secara peribadi aku memandang kalaupun kayu ukur akademik jadi ukuran, biarlah berlainan padang. Aku menilai, individu yang berIQ tinggi, berfikiran tajam, basyirah yang jernih, mampu membaca keadaan sekeliling, sekaligus menjadi murabbi untuk membentuk generasi sendiri yang soleh dan solehah.

--mnajem@PDCC

Comments

Anonymous said…
syabas, akhirnya anda berjaya menulis post yang menggunakan ayat berbahasa berbunga dan skima!

cuma nak menambah, aku duk selalu dengar gak orang kata, wanita bleh dapat ganjaran yang sama dengan orang yang gugur syahid di medan perang asalkan dia menjadi isteri yang baik dengan menurut segala perintah suami dan menjaga rumahtangga dengan elok, menjaga auratnya, jaga air muka suami, etc

point aku adalah:

memang susah nak mati syahid di medang perang ni. tapi adakah lebih mudah untuk menjadi suri rumah seperti di atas?

- setiap ganjaran tu diberikan dengan sebab...
Anonymous said…
Wanita yang berkerjaya dengan niat untuk menunaikan fardu kifayah pada ummah bagaimana pula ya tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?

Didikan seorang anak bermula dari pemilihan seorang isteri... bukannya semenjak ia lahir ke muka bumi....

Kerja jihad..mmg perlukan byk pengorbanan.....

So bagaimanan pula pendapat anda ttg wanita yg punya family...punya kerjaya dan pendidikan tinggi dan juga disamping itu....terlibat dgn kerja sukarela....pergerakan jihad seperti ABIM...sbg cth Dr Harlina Siraj?

Bukankah seorang yg akan mati esok hari akan menyelesaikan byk perkara dlm satu masa?

Pandangan aku....

Dbekerja atau tidak seorang wanita itu usah dipertikai selagi niat dan caranya masih benar.....

Ramai Ibu tunggal sama ada kematian suami atau diceraikan yg masih boleh mendidik insan2 yg baik.....mencari sesuap nasi dan mengahntar anak ke menara gading tanpa mengabaikan nilai2 insan...tanpa pimpinan seorang insan bernama suami.....dialah ibu...dialah ayah

jd apa alasan anda?


jgn generalise....seorang wanita itu berjaya selagi dia sedar dia hamba dan berusaha menunaikan amanah DIA....walau apa dia jadi....


-sekadar pandangan-

MY GM IS A WOMEN
0xff said…
ada kena mengena dengan alasan ke?
my mum previously worked as a teacher.retired. and now work again as KAFA teacher.

what i'm trying to address is so called corporate wife who keep herself busy yet not try to allocate time to husband and children.

i myself will not feel suitable for this kind of woman.

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!

Vultr - another reliable alternative for SEA Virtual Private Server!

I have been using Vultr  as my recent VPS now, since it has just a nearby Data Center in Singapore (sadly, Malaysian VPS is always expensive.. so the best option is DC in Singapore - most of the time). It provides free trial credit for around USD5.. and +USD2 if you did a social media integration/sharing with Twitter. Try it now. Click Vultr