Skip to main content
Pesan pada angin....
Buat titipan pembaca (kalau ada).

Pesan pada angin
Agar menyampaikan tutur bicara hati
Dalam usaha membina kendiri
Asal tidak menyimpang haluan tetapan Ilahi.

Pesan juga pada angin
Supaya menuturkan tarian jiwa ini
Buat pelangi
Agar terlukis warna warni hati ini

Angin
Pesanku lagi
Titipkan lakaran jiwaku ini
Pada langit di atas kami
Agar melakar awan memutih

Angin
Kalau masih di situ
Harapanku agar dirimu masih seperti dulu...

Luahan marhaen songsang,
-mnajem

Comments

Anonymous said…
ku cekalkan hatiku,
bergapaian air mata,
meluncur bahtera,
kepulau REDHA,
ku pasrahkan hatiku meredah gelora Cinta,
buat mengunung menghempas dosa...

Dalam rebah ke pantai putih,
harta dan pasir pemaidani,
terbentang luas rahmat dan kasih sayang MU..

Kembali bertawaduk...
di pulau yang redha ini..
terhindarnya Naluri...
segala mazmumah diri...
beralunan lautan...
bertiup bayu kesempurnaan...
di kala itu,
jiwa bersemadi...

Kini danau naluri bersih,
berlumur air mata yang gugur,
menyerah diri kepada ALLAH,
mengambar kasih menghina diri,

syukur hamba dengan keinsafan,
telah menghijau akan diriku
membawa naungan keampunan,

HIDUP MATIKU HANYA UNTUK MU..
-amin-

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
Sed (streaming editor) big time mnajem @zalzalah ~ $ cat ustazasri.txt >Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Julai 2005) >>Tarikh >>Tempat >>Waktu >>Tajuk >>15 Julai 2005 JUMAAT >>Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang >>Selepas Maghrib >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah) >>16 Julai 2005 SABTU >>Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur >>8.30 pagi ¿ 1.00 tgh >>DEBAT Astora Jabat vs Dr. Mohd. Asri ¿ Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan >>17 Julai 2005 AHAD >>Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail >>10.00 pagi >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa, Bab ke-6) >>17 Julai 2005 AHAD >>Masjid Jamek Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya >>Selepas Maghrib >>Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman) >>*Kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama dibatalkan.> mnajem@zalzalah ~ $ sed -i...
........speechless Salam, Aku lately mengalami masalah kesempitan wang yang serius disebabkan kereta satria aku yang berusia 10 tahun ada major repair.. dalam bulan ni je untuk kereta aku abis RM600 untuk maintenance. Ganti spectacle lagi. Accumulated maintaince expense untuk keta yang aku beli sejak Disember 2005 ni dekat RM3000 jugak. Ganti absorber,ganti tayar (haritu kan pancit-tayar last yang aku tak penah ganti pancit balik dari Kangar. Tayar tu tahun 2001. Owner lama tak tukar. Nasib la). Gaji macam aku ni dok seorang pun dah boleh jadi defisit, nak bayar PTPTN(auto deduct), loan laptop aku 2 tahun, then medical card(aku memikirkan sebab arwah abang aku dulu pernah kena kanser umur 29 tahun.. dan kebetulan dia ambik insurans tu tak jauh tarikh dari dia kena sakit tu, kampeni insurans tak nak bayar sebab assume dia dah tau sakit baru ambik polisi. Nak buat macam mana. So sewaktu sihat la fikir nak ambil polisi gini). Memang ada medical benefit, tapi kita tak tau future jadi apa, ...