Skip to main content
Generasi al Quran al Farid

Jiil al Quran al Fariid, generasi pemuda al-Quran, istilah ini sepanjang ingatan saya dikembangkan oleh Syed Qutb, yang terkenal dengan Tafsir fi Zilaal Al-Quran dan "Petunjuk Sepanjang Jalan".

Syed Qutub, dalam tulisannya memang menulis keras dan dalam banyak hal dicop esktrem oleh sebilangan orang. Bagi saya selaku peneliti tulisan aliran Ikhwan, manhaj salaf, aliran tradisional dan aliran lain yang bukan ahlus sunnah saya kira Syed Qutub, seperti mana aliran puritan seperti gagasan Muhammad bin Abdul Wahab(atau digelar musuhnya sebagai Wahhabi), menolak banyak perkara carut-marut di dalam kegiatan beragama.

Masyarakat Jahiliah

Saya cuba menulis tulisan ini di dalam nada yang umum, supaya kita melihat masyarakat Muslim yang hanya 1/6 atau kurang 20% penduduk kolong langit ini menimbang masa depan mereka yang bersaksikan Allah sebagai Pengatur, yang wajib disembah, Ilah.

Konsep tauhid bukan setakat mengakui Allah sebagai Rabb/Pengatur, tetapi secara kaffah mematuhi aturannya, di mana juga mereka berada. Baik di kutub, disko, masjid, dan selainnya.
Istilah masyarakat Jahiliah ini, saya kira saya pernah terlintas membacanya di dalam "Ma'alim at Tariiq/Petunjuk Sepanjang Jalan" tulisan Syed Qutb ini. Saya kira istilah yang dibangunkan itu, sekalipun dinilai kaku, sebenarnya tiada hujah yang mampu menafikannya. Cuma method pembangunan masyarakat Muslim yang mempunyai pondasi tauhidik, human faculty yang mempunyai reasoning power terhadap keadaan sekelilingnya, seterusnya membangunkan masyarakat Madani seperti yang dicita-citakan seperti pada zaman Nabi.

Menghapuskan ekstrimist
Dalam kes untuk mewujudkan jiil al Quran al farid, tentunya pola aturan Quran yang dijadikan panduan. Namun, teks yang mengandungi 114 surah, 30 juzu' dan 6,236 ayat ini mempunyai pelbagai tafsiran, ditafsir oleh pihak yang mempunyai kepentingan terhadap tafsiran. Namun, setakat pembacaan saya, secara empirikal penafsiran sewajibnya mempunyai tanggungjawab untuk tunduk kepada wahyu, bukan memandu wahyu ke arah keperluan penafsir.

Hal ini sesuatu yang fundamental, terlebih kitab in diturunkan 14 kurun yang lalu. Paling popular tentunya Ibn Kathir, al-Qurtubhi dan tokoh modernis seperti Syed Redha dan al-Qutb sendiri.

Penafsiran tentunya harus menjaga maslahah yakni kenpentingan penganut Islam itu sendiri, TETAPI tidak pula menginjak tuntutan WAHYU yang diturunkan secara putus oleh Allah.

--ditulis oleh mnajem@Makmal PDCC

Comments

Kamal Mustafa said…
Well said. You got the talent, keep going :)

Popular posts from this blog

Gue dengan S2 gue. Sronok banget!
Sed (streaming editor) big time mnajem @zalzalah ~ $ cat ustazasri.txt >Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Julai 2005) >>Tarikh >>Tempat >>Waktu >>Tajuk >>15 Julai 2005 JUMAAT >>Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang >>Selepas Maghrib >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Ditegah) >>16 Julai 2005 SABTU >>Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur >>8.30 pagi ¿ 1.00 tgh >>DEBAT Astora Jabat vs Dr. Mohd. Asri ¿ Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan >>17 Julai 2005 AHAD >>Dewan Kuliah, Balai Islam Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail >>10.00 pagi >>Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara yang Disuruh, Bab al-Taqwa, Bab ke-6) >>17 Julai 2005 AHAD >>Masjid Jamek Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya >>Selepas Maghrib >>Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman) >>*Kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama dibatalkan.> mnajem@zalzalah ~ $ sed -i...

Tips maksimakan penjimatan cukai untuk individu dan bisnes

Salam Sejahtera! Saya baru saja beli buku penjimatan cukai tulisan kenalan saya Khairul Amal Haji Hashim (kedua-dua penulis dan arwah bapanya adalah orang yang saya kenali). Tuan Khairul Amal dikenali di laman muka buku dan di televisyen sebagai pakar cukai yang rajin mengemaskini khalayak dengan ilmu percukaian beliau. Berminat dengan buku ni? Klik  sini Berminat dengan buku ni? Klik sini